Haro,
Sempena meraikan kelahiran anak ketiga aku pada hari Sabtu 19 Ogos hari tu, aku dah upload video pertama aku kat channel YouTube ahmaryusoff6. Aku pun tak sempat nak promote kat mana-mana tempat lagi pun, memang terkejar-kejar nak ulang alik hospital, dan aku pun memang rasa malu nak hebohkan hehehe.
Nanti boleh lah bagi komen, boleh aku buat video yang lebih baik lagi. Aku memang enjoy buat video macam tu, lepas ni pun rasanya nak buat 2, 3 lagi video pasal Bloodborne, lepas tu boleh start dengan game lain pulak. Bagi aku game Bloodborne tu memang best, mencabar, action yang aku enjoy, skillset stylish, weapon pun ada kelainan.
Sekarang ni pun tengah belajar lagi cara nak kendalikan channel YouTube. Memang sangat basic, dah rasa segan gila ni. Takde ke yang sudi nak belanja intro music dan animasi hehehe.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Selasa, Ogos 22, 2017
Rabu, Ogos 09, 2017
Rakaman Gameplay
Haro,
Malam tadi dah habis satu lagi rakaman gameplay. Total rakaman dalam 10 jam jugak lah. Sekarang ni tengah terpikir, macam mana aku nak manage semua file rakaman ni. Plan nya cuma nak buat video pendek 5 minit je. Ni dah macam overkill sangat nih sampai 10 jam rakaman hahaha.
Makanya nak kena buat keputusan sama ada nak simpan dalam external HDD atau delete je lepas siap buat video. Aku sebenarnya rasa aku tak nak dah tengok rakaman gameplay tu berjam-jam. Penat jugak tu nak tengok semua 10 jam sekali lagi hahaha. Mungkin jalan terbaik adalah aku edit rakaman gameplay jadi kecik, simpan sikit babak bergaya atau babak lawak je.
Tapi serius memang rasa sayang nak delete rakaman gameplay sampai 10 jam. Banyak memori aku main game tu. Cuma bila pikir realiti, mungkin aku dah tak guna dah rakaman banyak-banyak lepas siap video. Takkan aku nak simpan external HDD sampai berpuluh-puluh bijik. Boleh jimat disk space dan jimat pengurusan kalau delete je. Kalau aku perlukan rakaman tambahan, mungkin aku boleh main game tu sekali lagi hehehe.

Jumaat, Ogos 04, 2017
Perancangan untuk Gaming Channel
Haro,
Lepas dah pikir betul-betul, nampak gayanya aku tak boleh nak belanja duit untuk buat gaming studio sekarang ni. Bulan 8 ni akan sambut ketibaan anak nombor 3 (yay)! Nak kena simpan duit dulu untuk kegunaan emergency. Sekarang ni cuma ada PS4 Pro je, mungkin boleh lah spend RM50 nak beli headphone with mic, nanti senang nak record voice kan. Nak kena tunggu bonus bulan Januari 2018, baru boleh rancang semula nak buat Gaming Studio macam mana.
Projek Gaming Channel dah masuk Fasa 1. Aku akan edit gameplay video guna PS4 je, buat video pendek 3 - 6 minit. Nak buat dalam Bahasa Melayu je. Rasa berdebar jugak sebab first time nak buat video. Lagipun aku tak berapa suka sangat dengar suara sendiri ni sebenarnya hahaha. Video pertama aku nak buat pasal Bloodborne.
Lepas tu aku akan upload content seminggu sekali kut. Kalau busy dengan baby baru, mungkin jadi sebulan sekali lah kut. Fasa 2 start bila aku ada PC atau MacBook untuk edit video, dan mungkin ada capture card untuk record 1080p video.
Kalau korang perasan, aku dah start tulis dalam Bahasa Melayu. Saja je nak tukar style. Dan jugak terasa nak fokus kat reader Malaysia je. Gaming Channel pun macam tu jugak, fokus kat Bahasa Melayu dan game PS4 dulu. Sekarang ni aku record dalam 3 game setiap hari, pagi aku main yang aku enjoy, malam aku main game dengan family, in between kalau ada masa lapang 5 - 10 minit, aku main game puzzle atau short platforming. Lepas tu aku akan edit and tambah VO kemudian. Nanti support lah Gaming Channel ahmaryusoff6 ye.

Langgan:
Catatan (Atom)