Khamis, November 30, 2017
Uncharted 4: Epilogue Crash Bandicoot Mini Game | Kamiwaza Series #2
Haro
Main game dalam game hahaha. Pengalaman menarik, macam boleh rileks sikit lepas merasai pengalaman gaming yang epik dalam Uncharted 4. Aku biasanya tak minat sangat main game platformer ni, macam Mario ke Rayman ke aku tak main sangat pun. Dulu time kecik-kecik tu tak sempat naik main Crash Bandicoot. Jadi ni lah kali pertama aku main game ni, layan jugak lah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Selasa, November 28, 2017
Shadow of Mordor Funny Moment | Bakusho Series #3
Haro
Tengah-tengah aku nak berusaha sedaya upaya nak bunuh captain ni yang sorang ni, tak sangka pulak dia tu takut kat api. Cuba jugak test skill nak snipe kepala dia tapi tak kena. Bila nak kejar tu, tiba-tiba pulak dia lari kat tempat beast, mati macam tu je kena serang hahaha.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Sabtu, November 25, 2017
Bloodborne #6: Aku Last Boss | Ahmar Main PS4 #12
Haro
Video terakhir untuk siri Ahmar Main PS4 sebab aku dah berjaya kalahkan last boss. Tak sangka ending dia macam tu ye, akhirnya aku yang jadi last boss pengganti boss yang aku bunuh tu. Nasib baik aku ni hensem hahaha, jadilah last boss yang paling hensem dalam sejarah video game.
Aku rasa dah tak nak main dah game Bloodborne, game ni memang terbaik, puas hati bila dapat kalahkan boss yang besar-besar, ada banyak senjata yang pelik-pelik dan bergaya, jenis serangan pun ada macam-macam, nak guna pedang bsear boleh, nak guna 2 pedang pun boleh, pistol lagi, whip, roda besi pun ada. Aku memang rekomen cuba main game ni, tapi tu lah memang susah gila, asalkan jangan cepat mengalah, memang akan rasa puas hati lah bila berjaya menang.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Khamis, November 23, 2017
Bosusen Series #5: Rom The Vacuous Spider
Haro
Boss ni ramai betul anak buah dia, tapi aku buat tak kisah je, aku fokus kat boss je. Jadi nak kena selalu berlari-lari nak mengelak serangan ais dia sambil mengelak serangan labah-labah kecik. Kalau nak bunuh semua anak buah dia tu, rasanya 15 minit baru boleh memang kut hahaha.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Selasa, November 21, 2017
250 Subscribers Special: Gaming Studio Tour | Cerita Ahmar #2
Haro
Ini lah dia Gaming Studio Version 1 aku. Hujung minggu lepas aku spend time untuk bersihkan dan hias bilik ni jadi tempat aku rekod dan edit gameplay. Bilik ni boleh tahan luas jugak, aku guna ruang sikit je untuk jadikan tempat kerja. Yang selebihnya tu aku rasa nak buat tempat simpan barang untuk buat bisnes lain kut.
Terima kasih kepada wife yang banyak sokong aku dan jugak bagi kebenaran untuk aku buat semua ni. Aku akan berusaha untuk utamakan keluarga dulu baru lah benda-benda yang lain. Bila semua benda dah settle, baru lah aku gunakan masa yang lebih tu untuk rekod gameplay dan buat bisnes lain-lain tu jugak.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Ahad, November 19, 2017
Nak beli PC ke tak nak?
Haro
Walaupun aku masih takde PC, kadang-kadang tu memang ada lah berangan nak main game PC. Banyak game-game yang best kat PC ni. Sekarang ni semua game baru memang dah ada kat PS4, tapi game-game yang lama tu tak banyak yang ada. Kalau game tu guna mouse dan keyboard je, lagi lah takde kat PS4 kan. Cuma tu lah, nak kena ada bajet beli PC dulu, tu yang rasa payah tu. Kecuali aku cuma beli PC murah atau second hand je, semata-mata nak main game yang lama-lama. Yang penting boleh rakam game tu untuk aku upload video nanti.
Kalau dah ada PC nanti, nak rakam game ke nak streaming game pun lagi senang, ada banyak pilihan, kualiti pun makin elok. Software untuk edit video pun canggih-canggih. Nak beli game pun mudah je, ada banyak platform boleh guna, harga pun tak masal sebab selalu ada jualan murah. Cuma dah tak boleh pinjam game lah macam game PS4 boleh jual balik atau boleh tukar dengan kawan. Kat PS4 nak main game senang je, masukkan CD dah terus boleh main dah, kat PC tu nak kena install macam-macam, kadang-kadang keluar error nak kena Google dulu cari jalan penyelesaian. Tapi yang bestnya, game kat PC ni boleh tambah mods, sampai game tu kadang-kadang dah jadi game lain pulak sebab mods pelik-pelik kita tambah.
Nampak gayanya sekarang ni aku main je lah dulu PS4 sampai lah harga GPU dah jadi normal balik. Harga RAM pun macam hilang akal jugak tu. Nak belanja mahal-mahal pun tak kurang bijak jugak, sebab cepat je keluar model baru teknologi baru kan. Mungkin aku boleh curi guna laptop kat office aku tu bawak balik install game kat situ. Kah kah kah takde keje tak pasal-pasal kena buang keje nanti.

Sabtu, November 18, 2017
Ahmar Main PS4 #11 | Super Meat Boy
Haro
Game Super Meat Boy ni sejenis permainan yang macam platformer tapi nak kena lompat dan lari dengan timing yang sangat perfect. Kalau salah tekan je, nanti akan terjatuh ke gaung atau terkena gergaji dan benda-benda berbahaya lain dalam stage tu. Game ni memang banyak menguji skill dan jugak kesabaran kita sebagai seorang gamer sejati. Bak kata Mamat YouTube, "klu aq main nie..dah retak screen too aq rasa"
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Khamis, November 16, 2017
Bosusen Series #4 | Shadow of Yharnam
Haro
Dua kali aku kena lawan boss ni, sebab dia main tipu. 1 entiti tapi ada 3 badan. Memang chaos habis tak tahu nak fokus yang mana satu. Macam mana pun tetap menang jugak sebab aku terlalu hebat kah kah kah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Selasa, November 14, 2017
Bakusho Series #2 | Kissing Beast
Haro
Tengah-tengah serius cari lever nak unlock room seterusnya, tiba-tiba abang beast ni serang hendap aku tapi bila dia dah mati tu, sempat pulak mulut dia landing kat mulut aku. Aku biarkan je lama-lama nak tengok apa jadi, memang dia tak bergerak langsung. Terasa lidahnya berma... dah lah weih kah kah kah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Sabtu, November 11, 2017
Gaming Studio Baru
Haro
Artikel ni adalah sambungan kepada artikel pasal Gaming TV dan Gaming Monitor aku dulu
Artikel: Finding the best gaming TV
Sekarang dah cukup 1 tahun aku duduk kat rumah baru ni. Dan isteri aku yang tercinta akhirnya dah bagi kebenaran untuk aku jadikan bilik kat tingkat atas sebagai Gaming Studio aku. Bermakna aku dah boleh ubah suai dan hiaskan jadi tempat main game yang selesa dengan peralatan yang cukup. Tapi malangnya bajet pulak yang takde kah kah kah.
Benda mula-mula aku kena beli ialah monitor untuk main game PS4. Aku masih lagi tak beli-beli gaming PC, masih takde bajet lagi, tambahan pulak harga GPU melambung tak ingat dunia. Aku tak nak beli TV 4K sebab tu pun mahal jugak, kalau aku beli 4K yang murah-murah nanti tak puas jugak, nak kena ada HDR10 dan wide color gamut. Satu lagi sebab aku rasa FPS tinggi lagi best dari Resolution tinggi, untuk seorang gamer hardcore sejati lah wakakaka. Kalau lah aku beli PC jugak nanti, ikut bajet aku memang akan beli mid-range je lah, GTX 1060 je kut. Nak main game lama-lama je kut hehehe. Sekarang ni nak beli monitor murah-murah je 2nd ke refurbished dalam RM300 cukup lah tu. Asalkan dapat IPS monitor 24 inci ok dah.
Semua barang lain dah ada, PS4 Pro dah ada, meja kerusi dah ada, headset dah beli, langsir blackout dah pasang, katil pun masuk bilik. Lepas pasang monitor nanti, dah boleh start main game tapi masih kena ikut jadual lah, nanti isteri marah lagi hehehe. Bila dah beli PC nanti, dah boleh tengok market monitor 27 inci 1440p 144hz pulak. Kalau TV 4K dah murah nanti, boleh lah beli 55 inci HDR10 120hz Sony X9000E sebijik. Nak beli jugak gaming chair lepas tu webcam untuk streaming kih kih kih.

Ahmar main The Binding of Isaac: Rebirth
Haro
Hari ni aku upload game PS4 The Binding of Isaac: Rebirth. Game ni dia macam twin sticks shooter jugak, tapi ada elemen roguelike sikit. Semua level dan upgrades dia random, best jugak kalau main banyak kali. Dia macam ada persamaan dengan game lama The Legend of Zelda, tapi game ni lagi laju dan penuh aksi lah. Sebab semua benda dalam game ni random, memang tak bosan main ulang-ulang banyak kali pun.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Jumaat, November 10, 2017
Tutorial Ahmar #1 | SHAREfactory Tutorial
Haro
Hari ni aku nak kongsi sikit pasal cara nak guna SHAREfactory dalam PS4. App ni kita gunakan untuk edit video gameplay kita dalam PS4 tu, so korang tak payah nak susah-susah transfer ke dalam PC nak edit kat. Aku memang kena guna sebab aku rakyat marhaen je takde PC atau MacBook pro nak guna nak buat edit video ni semua hehehe.
Aku suka guna sebab memang mudah nak guna, boleh import video, boleh import music kalau nak, boleh cut, boleh split clip, boleh move, boleh delete suka hati. Kalau korang kreatif kan, boleh zoom in, boleh guna time bender, boleh tambah text, tambah PIP pun boleh. Korang cuba lah dulu main-main guna tools dalam tu.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Selasa, November 07, 2017
Bosusen Series #3
Haro
Boss ni aku lawan dua kali baru dapat menang. Susah sebab dia boleh lompat tiba-tiba lepas tu tangan dia pun panjang melampau jugak. Nak kena cepat elak lepas tu terus serang. Tengok lama-lama tu nampak anggun jugak boss ni kan hehehe.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Ahad, November 05, 2017
Beli game versi digital vs physical copy
Haro
Hari ni aku nak tulis sikit pasal persoalan yang bermain di fikiran aku kebelakangan ni. Pasal aku nak beli game versi digital ke atau physical copy. Nampak macam mudah je tapi tu lah masalahnya aku ni sejenis manusia perfectionist. Tak suka tengok benda campur-campur. Nak sejenis je, kalau nak pilih game digital, semua game kena digital. Sebab tu aku nak buat list apa kelebihan dan kekurangan game digital dengan game physical copy.
Aku rasa masalah ni cuma wujud kat konsol je kut, kalau kat PC tu semua dah beli game digital je. Physical copy tu macam rare je. Game digital ni best dia bila kita tak perlu nak bangun nak tukar CD kalau nak main game lain. Semua boleh pilih kat dalam menu PS4 tu je. Aku pernah try PS+ game collection dulu, kejap je dah boleh tukar-tukar game. Overall harga game digital murah sikit dari physical copy. Kadang-kadang tu ada promotion dapat extra discount, dapat bonus item theme avatar semua tu.
Physical copy pun dapat jugak extra item tapi nak kena beli collector edition, harga pun dah merapu naik tinggi. Tapi nanti senang nak jual preloved atau trade dengan kawan. Kalau game digital tu setakat ni tak boleh nak bagi kawan pinjam. Game physical ni boleh dipegang dan disusun cantik kat almari, tapi kalau tak pandai jaga jadi berabuk jadi kotor, sarang semut pun boleh jadi kut hahaha. Lagi satu, boleh trade in dengan kawan atau jual kat awek atas talian.
Tapikan sebenarnya, aku cuma pernah beli 1 je game, Bloodborne je time aku beli PS4 dulu. Game yang lain-lain yang aku main ni semua game pinjam kawan-kawan je. Lepas ni pun aku main game pinjam je lah kut, selesai masalah ni kah kah kah.

Sabtu, November 04, 2017
Metal Gear Solid V: Ground Zeroes | Ahmar Main PS4 #9 | Bahasa Malaysia
Haro
Aku dah upload video siri #AhmarMain yang baru tapi bukan pasal Bloodborne dah. Aku nak rehat kejap dari main Bloodborne, game tu boleh membunuh otak kalau main banyak-banyak hahaha. Kali ni aku buat video pasal game MGSV Ground Zeroes. Phantom Pain pun ada jugak video tapi nanti-nanti lah, yang tu banyak gila misi dia.
Game ni best lah sebab dah lama tak main game Metal Gear Solid kan. Bila dah masuk PS4 tu game ni makin cantik, kita pun bebas nak buat apa pun dalam game tu, Open World Style. Tapi game ni cuma main kat 1 base je, misi pun tak banyak. Yang bestnya kita boleh ulang-ulang main misi tu dengan cara yang berlainan setiap kali ulang main.
Lepas ni pun aku nak upload game indies pulak, 2 3 bijik ke lepas tu aku nak upload video Bloodborne yang kali penghabisan. Nanti aku dah boleh delete game tu hahaha. Siri #AhmarMain ni aku upload time weekends je tau, di antara tu aku akan upload video small series insya Allah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Khamis, November 02, 2017
Bosusen Series #2
Haro
Ni video aku lawan solo Blood-starved Beast. Cepat je dapat bunuh sebab aku stun boss ni pakai shotgun. Nak kena timing cantik time dia nak attack tu, kalau kena nanti dia akan stun, lepas tu boleh masuk dekat dan cucuk bagi damage critical. Puas hati sangat.
Time ni aku dah jadi Hunter Solo. Aku rasa bermula dengan boss ni yang aku buat keputusan nak main solo je, tak nak dah mintak bantuan hunter lain. Kalau tak, game ni jadi senang sangat, aku tak nak main lah kalau takde cabaran hehehe.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Rabu, November 01, 2017
Kamiwaza Series #1
Haro
Tu dia dah naik pun video pertama Kamiwaza Series. Yang ni siri video aku nak tunjuk epic skill aku bermain game lah kononnya. Bukan senang tu nak berjaya dapatkan, nak kena gagal banyak kali dulu, kali ke 18 baru lah berjaya hahaha.
Lepas ni nak buat mini series apa lagi ye? Kalau buat Tutorial ke Walkthrough ke ada orang nak tengok tak? Aku try2 lah ye.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Langgan:
Catatan (Atom)