Sabtu, Disember 30, 2017
Magicka 2 | Ahmar Main PS4 #17
Haro
Game ni kelakar dan ada gaya cool jugak lah. Bila nak serang musuh tu, boleh guna kombinasi macam-macam jenis magic. Kalau campur api dan batu, dia jadi batu berapi contohnya. Banyak lagi kombinasi pelik kalau nak try semua hahaha. Story pun kelakar, memang tak bosan kalau main sampai habis. Enemy agak mencabar, design enemy dah memang kelakar, ada jugak yang macam immune dengan sesetengah magik jadi nak kena tukar-tukar taktikal tengok lawan enemy mana satu. Lagi seronok kalau dapat main dengan kawan-kawan, confirm gelak je sampai ke sudah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Bloodborne Boss Fight #9: Gehrman | Bosusen Series #9
Haro
Perlawanan sengit menentang Last Boss Gehrman The First Hunter. Aku tak beri belas kasihan kat orang tua ni. Aku belasah dia cukup-cukup gunakan peralatan dari Crow Hunter dan Teleport Hunter. Memang puas hati lepas dapat kalahkan dia. Lepas ni dah tak nak main dah game ni hahaha.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Khamis, Disember 28, 2017
Ratchet and Clank: All Weapons | Kamiwaza Series #3 | No Commentary
Haro
Aku memang suka gila dengan semua weapon dalam game ni. Weapon dia tak realistik pun, semua macam tak ikut hukum fizik langsung hahaha. Tapi yang bestnya sebab efek dia havok dan lawak tahap gaban.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Sabtu, Disember 23, 2017
Super Time Force Ultra | Ahmar Main PS4 #16
Haro
Game ni macam simple je tapi gameplay dia main dengan time manipulation dan multiple payable characters. Sebab tu jadi seronok dan havok betul. Story pun lawak dan tak bosan. Weapons dan characters semua macam-macam jenis dan macam-macam cara, ada yang power gila, ada jugak yang senjata jenis lawak. Aku main sampai habis sebab game ni memang best dengan cara dia tersendiri.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Jumaat, Disember 22, 2017
Bloodborne Boss Fight #8: Amygdala | Bosusen Series #8
Haro
Lama jugak aku ambik masa nak kalahkan boss ni. Boss ni terlalu besar tapi laju pulak bila dia serang. Tambah lagi ada laser yang overpowered. Rasanya kena dua kali lawan baru boleh menang. Ni lah kali pertama aku tukar senjata masa tengah lawan boss hahaha. Pelik jugak kenapa aku tak pernah tukar weapon sebelum ni hmm.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Sabtu, Disember 16, 2017
Monster Hunter World Beta | Ahmar Main PS4 #15
Haro
Minggu lepas aku main Monster Hunter World Beta sekejap. Dah lama sangat aku tak main MonHun sejak dari zaman PSP lagi. Game yang kali ni memang sangat cool. Dunia dia cantik, action dia smooth, nak buat combo dengan weapon pun tak susah. Senjata kegemaran aku heavy sword lepas tu aku suka jugak rocket spear sebab boleh terbang-terbang sangat bergaya. Item dan traps dalam game ni pun banyak. Nak main dengan group pun boleh jugak. Memang puas hati beta hahaha. Beta tak murka lagi.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Jumaat, Disember 15, 2017
Rayman Legends Funny Moment: Bouncing Island | Bakusho Series #4
Haro
Nak share funny moment kat level Inflatable Island. Gameplay dia lawak dan bunyi ikan pun lawak gila hahaha.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Rabu, Disember 13, 2017
Bloodborne Boss Fight #7: Teleport Hunter | Bosusen Series #7
Haro
Sebenarnya bukan boss pun tapi susah nak mampus nak kalahkan hunter ni. Tak perlu pun nak kalahkan dia, tapi masih jugak berusaha bersusah payah. Aku pun macam tak paham kenapa aku nak cuba jugak. Dah kalah berapa kali dah pun aku tak putus asa jugak. Rasanya mungkin sebab aku dah hampir berjaya kalahkan dia masa cubaan kali pertama. Akhirnya aku dapat jugak kalahkan tapi kemenangan yang kurang bergaya sikit kah kah kah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Ahad, Disember 10, 2017
Ratchet and Clank | Ahmar Main PS4 #14
Haro
Game ni senjata dia paling gila sekali. Aku memang jarang sangat main game platformer sebab aku ni jenis yang suka layan story dan strategy dalam game RPG, ataupun selesaikan puzzles dalam game. Tapi yang bestnya pasal game ni ialah, grafik yang cun melecun, dan jenis weapon yang gila-gila. Memang puas hati kalau dalam cuba semua weapon dalam game ni. Semua senjata boleh level up dan upgrade jadi lagi gila.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Jumaat, Disember 08, 2017
Hohokum: Zen Circle | Kamiwaza Series #3
Haro
Salah satu game genre zen yang aku pernah main. Dulu kat zaman PS3 aku main Flower dan Journey. Sangat menenangkan jiwa dan sanubari. Aku memang tak sangka game sebenarnya boleh jadi sejenis hasil seni yang cantik dan beremosi.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Rabu, Disember 06, 2017
Bloodborne Boss Fight #6: The One Reborn | Bosusen Series #6
Haro
Antara boss yang aku berjaya kalahkan tanpa aku perlu mati dulu hahaha. Rasa sangat puas, rasa macam aku ni berbakat dan penuh taktikal. Tapi entah-entah aku menang sebab aku dah over leveled atau pun sebab equipment aku OP sangat kah kah kah.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Ahad, Disember 03, 2017
Main Tanpa Guides VS Main Tengok Guides
Haro
Dulu aku pernah cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang Trophy Hunter. Tapi sekarang aku dah tak pandang sangat kat trophy, lagi-lagi platinum trophy tu. Rasa macam buang masa bila nak kena ulang buat benda yang sama semata-mata nak dapatkan trophy je. Aku rasa tu bukan cara betul untuk main game. Sama jugak dengan main guna guides untuk dapatkan 100% secrets atau 100% collectibles. Apa yang seronok sangat lepas dapat 100% tu pun, sebab aku guna guides kut. Bukannya aku boleh nak berbangga kata aku buat sendiri ke guna otak sendiri ke titik peluh sendiri ke. Kalau aku nak tengok sangat secret ending atau tengok ultimate weapon tu, aku boleh je bukak video kat YouTube dan tengok situ. Tak payah nak bazir masa ikut guides untuk dapatkan benda tu. Salah satu kelebihan hidup di zaman siber ni hahaha.
Tapi sebenarnya kalau aku main tanpa guides pun, aku akan buang masa kat tempat lain pulak. Semua taktik berlawan nak kena fikir sendiri. Yang mana paling efektif, paling bergaya. Kalau tiru guides, sekali jalan je dah tahu apa yang berguna, apa yang merugikan. Senjata, armor, skill tree semua tu dah ada orang lain cuba dan praktik kan. Sama jugak dengan boss fight, nak kena buat banyak kali baru cuba kelemahan boss. Sekarang aku main Persona 5 dah sampai 143 jam, tak habis-habis lagi bengong betul. Tapi sepanjang aku main tu memang sangat puas hati, sebab semua aku guna otak sendiri. Dari pilihan skill untuk ahli pasukan sampai lah ke cara pilih Persona yang aku nak pakai. Story semua pun takde spoiler, aku dapat rasa semua kejutan semua emosi secara maksimum. Dan aku tak main loading save game kalau aku tersilap langkah, aku teruskan jugak, sebab tu yang boleh mendewasakan kita kah kah kah. Padan muka aku.
Kesimpulan nya ada baik buruk kalau nak main blind atau nak main perfect sekalipun. Rasanya ada jugak spoiler-free guides, tapi masih tak sama bila banding dengan main blind tanpa guides. Aku rasa yang penting jangan buang masa sampai beratus jam main game yang sama. Jangan kejar trophy, main lah game lain kan lagi syok. Dan jangan paksa diri nak guna jugak buah fikiran sendiri nak selesaikan puzzle, nak kena akui jugak kita ni bukan genius sangat pun kah kah kah. Apa-apa pun nak kena cari keseimbangan dalam bermain game, yang penting aku rasa seronok dan bukan main sebab terpaksa.

Rayman Legends | Ahmar Main PS4 #13
Haro
Hari tu aku dah cerita pasal aku tak minat sangat main game platformer ni. Sebab tu aku rasa macam nak bagi peluang sekali lagi mian jugak game genre ni. Game ni memang cantik dan pergerakan watak pun lancar je. Dunia dia menarik penuh warna dan kelainan. Ada level dalam laut, level padang pasir. Boleh pilih hero lain-lain tapi rasanya cuma sekadar skin change je. Akhirnya aku cuma main sekejap je sebab memang tak suka main lompat-lampat kutip coins ni.
Next week aku nak try main Rachet and Clank pulak. Game tu free untuk pelanggan PS+. Yang tu platformer jugak tapi ada element third person shooter.
ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz
Langgan:
Catatan (Atom)