Isnin, Disember 17, 2018

Mobile Legends Malaysia | Layla God Among Men | Ahmar Main Mobile #14





Haro



Dalam banyak-banyak heroes yang ada, aku tetap rasa paling best guna Layla. Mudah nak faham, ada serangan AOE dan Ultimate power yang ada elemen AOE jugak. Sesuai dengan jiwa aku yang minat kiting dari jauh dan serangan mengejut, AKA pengecut hahaha. Tapi game ni bukan jenis game yang kita boleh main solo. Memang kena pikir jenis susunan team yang kita main tu, takleh nak syok sendiri pilih hero yang sama je, mentang-mentang lah minat pakai hero tu je.



ahmaryusoff6

Rabu, Disember 05, 2018

The Witcher 3 Malaysia | Kuda Lagenda | Ahmar Main PC #27





Haro



Aku nak cuba main game ni dengan keyboard & mouse pulak. Rasa lancar je main, cuma mouse sensitivity tu nak kena kurangkan sikit je. Aku rasa aku boleh teruskan main dengan KB/M je. Dalam video ni ada bug pertama yang aku jumpa, kuda-kuda dalam game ni bersikap angkuh dan menjadi mutant hahaha. Lepas tu aku belajar cara nak gunakan force jadi Jedi Master. Masih lagi level 1, bila aku jumpa Wolf level 5 tu terus aku lari laju-laju kah kah kah.



ahmaryusoff6

Selasa, Disember 04, 2018

Hilang semua memori pasal game yang pernah aku main dulu

Haro

Cuba tengok carta bar ni. Dah 392 buah game aku main dari tahun 90-an lagi. Game Famicom dan PS3 yang paling banyak aku main rupanya. Aku ingatkan game PC dan PS4. Ni sebenarnya masalah peribadi sebab aku dah lupa pasal semua game yang aku main. Aku cuma ingat aku pernah main game tu je, tapi cerita dan karekter dalam game tu langsung aku tak ingat. Mungkin sebab tu jugak lah aku mula rekod gameplay supaya aku lebih senang ingat. Malang betul jadi manusia macam aku ni hahaha.

ahmaryusoff6


Ahad, Disember 02, 2018

Payday 2 Malaysia | Misi Samak 7 Kali | Tomodachi Ahmar #43





Haro



Dalam video ni aku rasa macam pro pulak bila guna LMG. Tips kalau nak guna LMG ni, kita kena duduk diam dan stabil kan diri, aim kat kepala, memang boleh bunuh semua musuh dalam bilik tu. Dinie pulak ada masalah nak host game, asyik disconnect je. Mamat macam biasa, blur sotong gi bawak barang Silent untuk main Loud.



ahmaryusoff6

Jumaat, November 30, 2018

The Witcher 3 Malaysia | Unicorn Lagenda | Ahmar Main PC #26





Haro



Malu nak mengaku bahawasanya aku tak pernah main lagi The Witcher 3. Ni tahun 2018 baru nak start main. Yang ni version Game of the Year sekali dengan semua DLC. Aku tak install apa-apa mods lagi, nak tengok vanilla game tu macam mana.



Bukak-bukak je aku dah dapat pengajaran, game ni bukan untuk tontonan seisi keluarga. Game ni hanya sesuai untuk mak dan ayah sahaja hahaha. Lepas tu aku belajar tutorial dan lawan dengan kumpulan monster yang pertama. Sempat jugak tengok foreshadow pasal unicorn kah kah kah.



ahmaryusoff6

Rabu, November 28, 2018

Mobile Legends Malaysia | Layla Terulung Legendary MVP | Ahmar Main Mobi...





Haro



Macam mana aku boleh terjebak dalam main game Mobile Legends. Aku suspek si Dinie lah ni. Dan jugak beberapa rakan dari sekolah lama yang asyik cakap pasal ML je memanjang. Tapi hasutan yang paling besar tu memang dari Dinie Bocah Nakal lah. Ranking dia dah sampai Legend kut, aku masih lagi kat tahap Ayam. Hero pertama yang aku dapat ialah Layla, dan aku terus jatuh cinta. Terus jadi Main aku hahaha. Feel good betul pakai Layla. Ultimate dia memang cun melecun terbaik di pasaran.



ahmaryusoff6

Selasa, November 27, 2018

Dilema: Controller VS Keyboard & Mouse kat PC

Haro

Aku mula main game dengan konsol Famicom, jadinya aku ni dah berpuluh tahun main game pakai controller. Bila umur aku 12 tahun, Abah belikan PC untuk famili, dan aku pulak mula main game PC pakai keyboard & mouse. Dan ia nya kekal begitu, main konsol mesti kena pakai controller, main PC mesti kena pakai keyboard & mouse. Tak pernah tukar mentaliti tu. Tapi sejak dua menjak ni, aku ada dilema nak main game pakai controller ke pakai keyboard & mouse kat PC.

Sejujurnya, aku selesa je kalau main pakai yang mana-mana pun, aku rasa aku memang pro gamer yang berkaliber tinggi yang cepat belajar benda baru hahaha. Aku dah tak perlu nak tengok jari aku kat mana, aku dah hafal semua butang, semua key yang ada. Dan selama ni pun, aku rilek je main game kat PC, World of Warcraft, Fifa pakai keyboard & mouse. Campur lagi masa tu, controller support pun macam kurang lagi, Sekarang dah lain, aku dah boleh pakai DualShock 4 dan controller Xbox One. Tiba-tiba jadi dilema pulak dah weih.

Kalau game tu genre FPS atau RTS, Strategy, mudah je, tak payah pikir, terus pakai keyboard & mouse. Tapi untuk game action 3rd person view, game platformer, game puzzle, ni yang nak kena pilih ni. Sebabnya, sangat lah best kalau guna joystick untuk kontrol pergerakan. Tapi bila aku main pakai controller, bini aku pulak tegur kenapa macam tu. Nampak pelik sangat kalau ke main PC pakai controller? Kalau aku main dengan keyboard, rasa tak smooth pulak, rasa tak fluid banding dengan controller. Haish.

Pada pendapat aku lah, kalau kita biasakan diri pakai apa pun, kita boleh habiskan game dan berseronok jugak akhirnya. Jadi boleh lah nak guna yang mana satu pun. Sekarang ni aku masih lagi cuba kedua-duanya dan bandingkan. Sebab degil nak cari yang terbaik jugak hahaha, Tapi secara keseluruhannya, aku akan guna keyboard & mouse untuk game FPS dan strategy, dan aku guna controller untuk game yang terang-terangan sejenis console port ke PC, TPS dan puzzle.

ahmaryusoff6

Ahad, November 25, 2018

Payday 2 Malaysia | Shopping Gaya Gangster | Tomodachi Ahmar #42





Haro



Kali ni aku nak cuba gaya baru, nak buat editing minimal je untuk video yang aku upload. Kalau buat macam ni, memang laju je nak siapkan video. Mungkin boleh upload setiap macam ni. Cuma risau kalau video jadi bosan pulak. Takpelah, kan aku dah kata video ni semua untuk kenangan aku. Orang tak tengok pun takpe, tapi sejujurnya sedih jugak kalau orang tak respon dengan apa yang kita minat nak buat. Kalau aku nak jadi popular, aku kena paksa diri main game yang orang nak tengok. Aku buat keputusan tak nak jadi orang macam tu, tak nak berkorban minat sendiri demi jadi popular. AKu rasa aku kena bina karekter gamer yang disukai ramai, sampai main game apa pun orang suka jugak hahaha. OK aku kena praktis lagi go go go.


ahmaryusoff6

Sabtu, November 24, 2018

1st Anniversary Special | Sejarah Channel ahmaryusoff6, Geng 8i dan Masa...





Haro



Dah cukup setahun aku aktif upload video dalam Channel YouTube ni. Masa tu lah aku mula rekod video bila aku main game. Kalau ikut sejarah main game tu memang dah lama sangat, dah 30 tahun kut hahaha. Lain kali lah aku cerita pasal sejarah main game, 3 hari pun tak habis cerita lagi tu. Kali ni aku nak cerita pasal kenapa aku buat Channel Youtube ni. Semuanya bermula pada tahun 2017.



Aku dah banyak main game tapi aku tak pernah rekod apa pun. Kalau aku kirakan, dah 391 buah game aku main sebenarnya. Aku pun dulu tak rasa rekod game tu penting, cukup sekadar ambik screenshot dah lah sebagai kenangan. Lagipun nak rekod video tu susah jugak, nak kena capture card bagai semua mahal, campur Hard Disk lagi. Ni cerita zaman dulu lah. Bila aku dah ada PS4 tu, memang dalam tu dah siap sedia boleh rekod game. Hard Disk pun besar, boleh simpan banyak video. Best gila bila dah boleh rekod. Baru lah boleh tunjuk betapa hebat aku snipe kepala orang. Tapi macam mana nak tunjuk. Hmm... YouTube kut?



19 Ogos 2017, Ara lahir ke dunia. Benda yang paling indah dalam dunia. Pada hari yang sama jugak, aku upload video pertama ke dalam Channel. Game Bloodborne PS4. Percubaan pertama aku memang memalukan. Pendek je tak tahan lama hahaha. Masa ni tak edit video apa pun. Upload macam tu je.  Aku sorang je yang nak tengok, untuk memori aku di hari tua nanti. Aku tunjuk jugak kat famili dan kawan-kawan. Best pulak bila dapat respons. Ada yang bagi nasihat, ada yang tak suka, bini aku contohnya hahaha. Ada jugak orang yang tak kenal pun datang bagi komen jugak, terkejut aku. Aku cuba yang terbaik untuk melayan kawan-kawan baru ni. Bila dah makin ramai yang tengok video, aku pun mula berasa nak lagi ramai yang tengok. Rasa nak bercakap dengan lagi ramai orang. Maka bermula lah episod aku fokus pada Channel YouTube.



Dalam usaha nak tambahkan lagi kualiti video aku, aku usha banyak channel video lain. Dalam banyak-banyak tu, ada lah 3 channel ni yang aku sangat kagumi sebab mereka ni ada karisma tersendiri, lepas tu perangai pun pelik yang aku tak pernah jumpa lagi. Bila dah selalu kontek dan kenal lebih rapat, aku rasa sangat bertuah sebab mereka ni banyak support dan bagi tunjuk ajar. Pada masa ni aku dah beli PC baru, baru lah aku start main game multiplayer dengan Geng 8i. Bila main bersama-sama tu memang banyak yang aku belajar dari cara pemikiran mereka dan cara penyampaian mereka. Kalau tak main bersama pun, kami bincang pasal game dan pengurusan Channel Youtube. Mereka ni yang cadangkan aku edit video dan tambah subtitle supaya video jadi lebih menarik, sebab suara macam kurang jelas.



Aku jumpa Aad11nie Gaming tu masa zaman aku duk rajin buat subback dulu. Kat mana dia ada, aku pun ada. Kira macam otak tu dah synchronize frekuensi yang sama. Lepas tengok video FAQs dia tu, baru lah aku terasa dia ni gamer sejati yang ada bakat untuk pergi jauh. Selalu kerja keras dan tak suka main game popular semata-mata untuk kejar populariti. Dia main apa yang dia suka dan layan peminat macam mereka tu ada kat tepi sebelah dia semasa dia tengah main game. Tapi bila dia bocorkan rahsia pasal dia beli subs sampai 9000, aku pun hilang respek dah hahaha. Dia dah jadi macam Ayah Pin, dia buat apa pun, semua orang ikut, semua orang suka. Aku nak panggil dia Ayah Din lah lepas ni hahaha. Sekarang dia sibuk kerja jadi Spy ala James Bond, tapi masih lagi boleh main game sama-sama bila dia cuti.



MamatYT ni jenis gamer ada banyak ilmu pasal game tu, boleh nampak kecintaan dia pada game. Kalau main, mesti hero tu jadi level max. Kalau beli game pun tak kisah kalau harga mahal mana pun. Kalau dia tak main game, dia main forex main bitcoin main saham semua tu. Seorang gamer yang strategik dan berstruktur, tak kira masa main game ataupun masa membina empayar perniagaan dia di dunia sebenar. Semua phone game dia dah master semua, setiap hari duk share screenshot character yang dia main. Sekarang ni Mamat sibuk dengan seminar usahawan, asyik ulang alik KL je. Sambil-sambil tu dia jadi owner kedai kek kat Pantai Remis. Memang tabik spring lah.



Kalau korang kenal Resmanc, aku dah tak payah kenalkan dah lah ye hahaha. Kalau korang tak kenal lagi, baik tak payah buang masa untuk kenal dia kah kah kah. Dia ni karisma paling tinggi dalam Geng 8i. Kalau buat lawak, memang padu belaka. Kitorang semua pelik kenapa lah subs dia 100 je, sepatutnya level dia ni dah ada 10000 subs kut. Nanti nak suruh Dinie ajar cara-cara beli subs macam mana hahaha. Sekarang ni dia sibuk menulis untuk filem dan novel, bangun pukul 5 pagi dah start menulis dah. Aku rasa sebab bos dia dah marah kut, lambat sangat tak siap-siap lagi. Walaupun susah nak luang masa bermain bersama, tapi dia tetap cuba curi masa semampu boleh untuk kami semua. Sekarang ni dia sibuk nak siapkan novel terbaru, sibuk macam artis popular dah ni. Lagi satu nak tambah, dia sangat suka main game PS Vita. Karma Is Back!



Lepas tu aku start main game dengan Aniq jugak. Satu perkara yang aku tak suka ialah Aniq ni nak main game yang pelik-pelik, game budak-budak lah, game horror lah, game susah lah. Aku sebenarnya tak berapa suka main game popular ni. Minat aku lebih kepada game lawan pedang guna magik. Dan jugak game sniper tembak headshot. Tapi aku ikutkan jugak main game yang Aniq suka. Kalau duk fikir nanti dia dah besar, nak lagi ke dia main game dengan aku? Jadi aku main jugak game Aniq ni untuk jadikan memori, nanti dia dah besar nanti boleh tengok balik hahaha.



Kalau dekat office aku main game mobile, main game PUBG Mobile dan Mobile Legends. biasanya aku tak main sorang-sorang lah. Kalau kat rumah pun tak main jugak, lagi best kalau main game PS4 dan game PC. Game dalam dunia ni memang banyak gila, game baru game lama game retro. Memang tak habis nak main lah. Tak nak lah main game yang sama je berulang kali. Kalau main dengan kawan-kawan tu rasa seronok lah buat lawak buat drama lagi hahaha.



Jadi apa yang Channel YouTube selepas ini. Hmm buat macam biasa jugak lah kut. Hahaha sejujurnya aku dah sibuk sekarang buat 2 kerja, masa untuk main game dan edit video tu semakin sikit. Mesti korang perasan aku dah kurang upload video. Nak tengok video orang lain pun dah tak sempat dah. Maaf ye kawan-kawan semua kalau aku dah lama tak melawat. Aku pun bukan jenis main game popular, aku cuma nak main game yang aku suka je. Kalau subs dan views tu menurun, aku terima seadanya, tak boleh nak salahkan sesiapa. Asalkan aku bahagia dapat main game kegemaran dan kongsi dengan kawan-kawan kat YouTube. Kalau subs kecik tu, senang jugak aku nak berkomunikasi dengan semua orang, kalau dah subs beribu-ribu, tak tahu lah macam mana nak melayan semua adilnya hahaha.



Sejujurnya aku ada jugak merancang nak buat streaming live jugak. Sebab aku ni jenis main game senyap je tak bercakap. kalau buat live tu, boleh jugak aku belajar cara nak bercakap sambil main game. Aku nak beli webcam dan mic baru, baru lah seronok buat streaming live. Aku nak main game RPG lawan pedang. Tengok lah nanti jadi ke tak. Lepas tu aku nak buat review jugak pasal PC aku dan gadget yang aku ada. Nak buat review game tu tak boleh kut, sebab aku tak beli game yang baru-baru hahaha. Aku nak belajar buat editing lagi, biar lagi mantap, tahap yang aku puas hati. Aku hajat nak gi melawat Geng 8i jugak ni, kalau jadi lah, boleh aku buat belajar buat vlog tunjuk kitorang gi makan-makan ke main game sekali ke. Boleh buat QnA sekali kan hahaha.



Terima kasih sebab support Channel YouTube ahmaryusoff6. Nantikan video-video terbaru dari aku nanti, semoga kita boleh berjumpa lagi pada Ulang Tahun ke 2 nanti.



ahmaryusoff6

Selasa, November 13, 2018

Doki Doki Literature Club Japanese | Hajimemashite | Ahmar Main PC #23





Haro



Video yang ni aku main sambil bagi reaksi dalam Bahasa Jepun. Kenapa buat macam tu? Aku sendiri pun nak tahu jugak kenapa sebenarnya hahaha. Aku rasa sebab game ni dibuatkan ala visual novel mengenai kehidupan remaja sekolah menengah di Jepun kut. Tapi sejujurnya memang malu gila nak cakap Bahasa Jepun kat dalam video. Kedengaran macam Orang Jepun Palsu je kah kah kah.



Game ni sebenarnya game horror yang disamarkan jadi visual novel. Bahagian 1 game ni aku main secara normal dulu, dah masuk Bahagian 3 tu baru nampak rupa sebenar game ni. Banyak jugak yang aku belajar dari game ni sebenarnya, yang paling besar sekali ialah aku berjaya merapatkan lagi hubungan intim dengan isteri tersayang.



ahmaryusoff6

Isnin, Oktober 29, 2018

Tak sabar nak main game RPG

Haro

Jadi kisahnya macam ni, aku dah berbulan-bulan main genre shooter dan platformer dan lain-lain lagi lah. Asyik mengelak je kalau nak fikir pasal RPG. Sebab aku rasa dah fatigue nak main game RPG ni lagi dah. Zaman PS2 PS3 dulu memang asyik main game RPG je left and right. Dengan niat yang disengajakan, aku gi main game genre lain pulak. Main game shooter sampai aku jadi sniper terulung dan juga jumpa cinta baru aku dengan game genre Puzzle. Semuanya OK je dalam kebahagian, sampai lah malam tadi.

Malam tadi aku ikutkan kehendak rakan online untuk cuba game baru F2P Dead Frontier 2. Sebuah game shooter zombie biasa je, game ni slow sikit dan seram ala Silent Hill. Start je game tu terus dah dapat 1 skill point, terasa sikit getaran RPG tapi aku masih OK lagi. Lepas dah level up sampai level 3, tambah lagi skill points. Bila loot zombies, dapat pulak topi dan sandal. Boleh tukar equipment pakai barang lebih baik. Masa ni aku dah mula diracuni dengan memori-memori lama bermain game RPG dulu. Teringat semula betapa seronoknya main game RPG. Lebih kurang macam PTSD lah jugak hahaha. Jiwa meronta-ronta mahukan lebih lagi zat-zat RPG. Jari jemari menggigil nak sentuh game RPG sekali lagi.

Setelah berfikir panjang, aku buat keputusan untuk install The Witcher 3. Walaupun aku seronok jadi sniper terulung, dan sangat minat pada game Puzzle, aku kena akui RPG tetap nombor 1 dalam diri aku sebenarnya. Sekarang ni aku tak sabar nak main game RPG semula. Terima kasih banyak Dead Frontier 2.

ahmaryusoff6

Jumaat, Oktober 26, 2018

Rules of Survival Malaysia | KuroAmie VS Aad11nie | Tomodachi Ahmar #10





Haro,



Aku nak share video yang dapat views paling banyak sekali dalam channel aku. Setakat hari ni jumlah views dah lebih 1500. Berasa bangga pulak lah kan hehehe. Video ni aku main game dengan 2 YouTuber popular KuroAmie dan Aad11nie, dan RPG Master Mamat yang tak biasa main game shooter. Memang terserlah sangat noobnya Ahmar dan Mamat, asyik duduk bersembunyi je. Nasib baik ada 2 orang YouTuber popular yang tolong push game sampai dapat Squad Rank 2.



Masa ni aku memang suka gila main game RoS, sampai semua orang aku paksa online dan main sama-sama dengan aku. Yang aku perasan, skill editing video aku kurang power lagi, sekadar cut dan sambung simple je, lepas tu letak simple text yang tak seragam pulak tu. Agak cringe bila aku tengok semula video ni.



Aku rasa views banyak pun sebab aku letak nama Kuro dan Dinie dalam tajuk video, kira dah macam clickbait jugak. Walaupun sekarang ni aku dah tak main game RoS, peminat tetap jugak datang view video ni. Memang betul lah tu clickbait kah kah kah. Aku pun dah beralih main game single player pulak sekarang, dah tak dapat view macam ni dah. Tapi aku pun bukannya nak kejar views, yang pentingnya aku main game yang aku suka, bukannya paksa diri main game yang popular tapi hati aku meronta-ronta nak main game lain. Semoga korang enjoy tengok video aku yang popular dan juga video aku yang akan datang yang tak popular hehehe.



ahmaryusoff6




Payday 2 Malaysia | 28 Hari Mencari Cinta: Part I | Tomodachi Ahmar #36





Haro,



Geng 8i mengganas kembali dengan misi Silent terbaru di dalam Pejabat FBI. Selama 28 Hari kami bermain hahaha. Misinya tersangat lah mudah sebenarnya, masuk ke dalam bilik Garret dan curi kotak dalam peti besi dia. Tapi tak pernah tersangka-sangka akan ambik masa sampai 28 hari, itu pun kerana terpaksa berhenti mencuba sebab game crashed dan waktu dah lewat pagi.



Walaupun sering gagal, tapi kami berasa sangat seronok, setiap babak dipenuhi dengan aksi kelakar dan ayat punchline power yang menyebabkan kami tak kering gusi. Bayangkan lah bila Ahmar membuat keputusan luar biasa untuk lompat di hadapan Guard yang melintas, Geng 8i tetap tidak berasa marah malahan meraikan kecuaian tidak disengajakan itu dengan tawa ria dan gelaran manja. Makin erat kasih sayang antara mereka, bila objektif bermain bersama bukan lah untuk menang bergaya, cuma untuk luangkan masa indah bersama mencipta memori selagi ada kudrat.



Namun begitu tak dilupakan juga kepada Resman yang dirudum masalah PC, walau zahirnya Resman tiada bersama dalam sesi game, tapi namanya dan semangatnya masih terasa dekat di hati kami. Nama Resman diseru sentiasa membasahi bibir. Semoga Resman terbuka hati untuk beli PC i7 RTX 2070 lepas ni.



ahmaryusoff6

Maksud Jya Ne じゃね Sebenarnya

Haro

Aku malas sebenarnya nak buat kelas Bahasa Jepun ni, tapi sebab @Cip Bro yang tanya, jadi aku cuba terangkan apakah maksud "Jya Ne" yang aku selalu ucapkan di perakhiran video aku. Frasa Jya Ne じゃね ni dipopularkan oleh pelakon popular Kimura Takuya dalam drama Long Vacation dan seterusnya di dalam drama-drama lakonannya yang lain. Kononnya aku ni perasan hensem macam Kimutaku lah kut hahaha.

Beliau telah meringkaskan frasa yang lebih formal untuk mengucapkan selamat tinggal, iaitu Soredewa Mata Aimashou それではまた会いましょう, yang membawa maksud "Sampai di sini sahaja, semoga kita berjumpa lagi". Generasi muda di Jepun sudah lebih lama meringkaskan frasa ini kepada Sorejya Mata Ne それじゃまたね, tapi kali ni diringkaskan lagi kepada frasa Jya Ne じゃね yang kedengaran lebih bergaya dan padat. Perkataan Ne ね di sini memberi implikasi bahawa kita mempunyai hubungan rapat sehinggakan tidak perlu lagi menggunakan bahasa Jepun formal dalam komunikasi.

TLDR; Jya Ne tu maksud dia, "Sampai di sini sahaja, semoga kita berjumpa lagi wahai kawan ku yang ku anggap rapat dengan ku"

ahmaryusoff6

Isnin, Oktober 22, 2018

Roblox Malaysia | Murder Mystery 2 | Ahmar Aniq #45





Haro,



Mengimbas kembali saat-saat ceria bermain ROBLOX dengan Sensei Aniq. Peluang yang terbaik untuk aku bonding dengan anak lelaki. Tapi dia cuma sekadar duduk di tepi untuk beri nasihat dan komentar. Lepas ni aku nak ajar dia cara menggunakan keyboard dan mouse dengan gaya pro, baru lah boleh jadi Player 2 aku. Terbayang pulak Team Ahmar Aniq jadi Best Duo dalam semua game FPS hahaha. Nak kena ajar main Half Life dan Timesplitter 2 ni kut.



ahmaryusoff6

Sabtu, Oktober 20, 2018

Upload video setiap hari

Haro,

Aku tak sangka pulak, bila ada banyak video pun boleh jadi dilema jugak. Bunyinya macam benda positif, tapi sebaliknya aku berasa gusar dan berbelah bahagi. Mungkin sebab aku sendiri pun tak pasti hala tuju channel YouTube aku ni.

Aku mula rekod game bila aku beli PS4 dulu. Itu lah kali pertama aku ada kebolehan untuk rekod game tanpa perlu setup yang rumit. Merekod game ni memang perkara paling menyeronokkan bagi aku, aku dah lah jenis yang pelupa, kalau dah lama tak main game tu, memang lupa habis apa yang pernah aku buat dan apa yang pernah aku capai. Dengan adanya rekod game ni, aku boleh tunjuk kehebatan aku dan babak lawak yang aku alami. Satu lagi aku guna rekod game untuk belajar kesilapan dan pertingkatkan skill sendiri.

Jadinya sekarang ni, tujuan utama aku upload video kat channel YouTube sebab nak jadikan arkib video peribadi aku. Nak simpan video dalam Hard Disk memang tak muat, semuanya aku rekod 1080p, 1440p, 4K pulak tak lama lagi. Tak cukup kalau Hard Disk cuma 1TB. Memang nak kena simpan kat cloud jugak baru kekal lama dan senang nak share. Sebab tu jugak lah channel YouTube aku buat jadi public, asalnya nak buat private je. Bila dah ramai yang tengok video aku, terasa makin semangat nak upload video seterusnya.

Tapi masalah timbul bila makin ramai orang yang subscribe dan harapkan video berkualiti dari aku. Malangnya aku tak main game yang terkini, minat aku lebih kepada game single player lama yang berkualiti dan local coop main dengan famili. Ada lah sekali sekala upload game online multiplayer yang orang suka, tapi serius aku cakap, aku bukan lagi macam dulu, jenis gamer yang ada masa untuk duduk main online berulang kali round yang sama. Bila dah umur 30-an ni, aku mula mencari pengalaman unik dalam game, bukan lagi main benda yang sama saja.

Aku sekarang pun tak sempat nak main game setiap hari. Seminggu sekali je yang banyak. Tapi ajaibnya, video aku upload hari-hari pulak. Semua video tu aku rekod lama dah, baru siap edit sebenarnya. Aku tak suka sebenarnya nak upload video segedebuk gitu, sebab memang cara aku main bosan betul. Kadang-kadang baru lah ada babak menarik. Aku sendiri pun tak nak tengok babak bosan, korang pun lagi lah tak suka tengok. Jadi aku potong, tinggalkan babak menarik dan unik je.

Aku nak ambik kesempatan ni untuk minta maaf pada kawan-kawan online yang selalu ajak main game sama-sama, dan juga penonton yang request game baru untuk aku main dan upload. Aku buat channel untuk diri aku sendiri terutamanya, tapi pada masa yang sama aku share jugak dengan dunia, harapnya korang pun terhibur dengan isi kandungan video aku bila korang tonton. Semoga hari-hari kita yang mendatang semakin ceria dan penuh gelak ketawa.

ahmaryusoff6

Jumaat, Oktober 19, 2018

Aku dah berhenti kerja

Haro,

Dengan rasminya aku dah berhenti kerja full time sebagai Helpdesk Analyst II (Japanese Speaking) kat Cyberjaya. Last day Hari Krismas nanti, lagi 2 bulan. Lepas tu aku bebas nak buat apa yang aku suka hahaha. Perkara pertama aku nak buat, guna duit simpanan untuk pergi bercuti sikit. Duit simpanan pun bukan lah ada banyak, setakat boleh tanggung aku hidup 6 bulan tanpa bekerja kut harapnya.

Aku berhenti bukan sebab aku tak suka kerja tu, cuma aku berasa dah tiba masa untuk aku cuba benda baru yang lebih mencabar dan mengujakan. Nak cuba menceburi bidang perniagaan. Dah lama sebenarnya aku berjinak-jinak cuba berniaga barangan, kali ini aku nak cuba melangkah setapak lagi untuk berniaga perkhidmatan pula. Dan kali ini juga, aku akan bergabung tenaga dengan partner untuk sama-sama berjaya kali ini. Doakan kejayaan kami, kalau tidak, nampaknya terpaksa lah pergi cari kerja balik kat company sekarang ni hahaha.

Dengan itu juga, aku harapkan jadual game aku makin bebas, sebab aku nak sangat main game The Witcher 3 habiskan semua side quest dan upload kat YouTube. Plan lain aku termasuklah buat video untuk review gadget dan game. Untuk itu aku perlu dapatkan sebuah webcam untuk merancak kan lagi kualiti review hehehe.

ahmaryusoff6


Khamis, Oktober 04, 2018

Overcooked Malaysia | Tukang Masak Kerjanya Enteng | Ahmar Aniq #35





Haro,



Dalam siri ni aku main game couch co-op dengan famili kecik aku ni. Sebenarnya aku berasa sangat geram nak main game bunuh-bunuh orang, tapi agak tak sesuai nak main depan budak 6 tahun, jadi aku pilih game ni yang mesra keluarga sikit. Lagipun game ni boleh main ramai-ramai, memang havok gila bila kena main kejar had masa. Campur lagi budak-budak ni tak pandai main game lagi, bertambah-tambah koleksi aksi gagal. Namun aku sangat bersabar (ye ke?) untuk ajar dan jadi mentor kepada mereka, supaya nanti bila dah besar sikit boleh main game bunuh-bunuh orang sama-sama dengan aku hahaha.



ahmaryusoff6

Selasa, Ogos 28, 2018

Doom Malaysia | Super Shotgun | Ahmar Main PC #9





Haro



Aku dah start main semula game single player. Dalam 3 bulan jugak tu aku berhiatus. Asyik duk main game multiplayer dengan Geng 8i, dan main game yang Aniq nak main. Lepas tu aku habiskan masa untuk sunting video pulak, jadi dah takde masa nak main game yang aku suka. Aku pun tak kisah sangat sebab dah cukup seronok dah main game multiplayer dan upload video kat Youtube. Tu yang tak perasan dah lama tak main game single player. Bila dah main semula ni, ternyata ada kelainan yang aku rasa, rasa puas dia tu lain dari game main ramai-ramai.



Aku hajat nak main sorang je mula-mulanya. Apa kan daya, PC aku sekarang ada kat ruang tamu, tak boleh nak halang Aniq dan Aisyah datang kacau. Jadinya video kali ni agak bising dan banyak cakap pasal benda lain. Tapi kan aku rasa kalau aku main sorang je, mesti video ni kurang bercakap sangat kut hahaha,



ahmaryusoff6

Jumaat, Ogos 24, 2018

Don't Starve Together Malaysia | Dumb Ways To Die | Tomodachi Ahmar #29





Haro



Kali ni kita melayan Mamat main game kegemaran dia. Dia suka sangat kalau main game survival dan game RPG yang kena fikir pasal strategi taktikal semua bagai. Selalunya asyik paksa dia main game L4D2 dan Payday 2, biar lah aku pulak melayan Mamat. Teruja jugak nak tengok apa yang best sangat pasal game DST ni. Dan aku pun nak tengok cara Mamat mengajar aku pasal survival dan cara berfikir secara kritikal.



Seperti yang aku jangka kan, Day 1 pun aku dah mati dah hahaha. Terpaksa tunggu Mamat masuk server baru lah boleh mulakan game dengan cara yang betul. Tapi lepas tu mati banyak kali jugak kah kah kah. Game ni kena banyak kawal secara mikro, banyak parameter yang perlu dipantau, dan banyak jugak persediaan yang perlu di buat untuk hari-hari mendatang. Ada struktur yang kita perlu ikut dan rancang dari awal, supaya tidak membawa masalah bila dah main lama nanti. Kena fikir pasal sumber alam yang akan kehabisan, jadi kena ada cara untuk buat ladang sayuran dan ternakan sendiri. Kalau kita jenis yang nak cari keseronokan pantas tu, memang tak boleh nak main game macam ni.



Lepas main game dengan Mamat ni, memang terbukti lah dia seorang gamer sejati yang banyak belajar pasal game dan aturan teknikal dalam game tu. Bukan jenis gamer yang pakai main je lepas tu tak faham apa yang berlaku. Dia tahu kekuatan dan kelemahan semua karakter, hafal resipi untuk buat barang, tahu semua pasal efek barang ikut situasi. Pendek kata, Mamat ni memang takde life lah hahaha.



ahmaryusoff6

Khamis, Ogos 23, 2018

Cuphead Malaysia | Player Two | Ahmar Aniq #24





Haro



Aku dah cuba terangkan kat Aniq, game ni bukan game untuk budak-budak. Game ni sangat susah sampai orang dewasa pun boleh menangis bila cuba main. Tapi aku ikutkan jugak, sebab aku nak tunjukkan realiti kehidupan sebenar kat Aniq, biar dia tahu dunia ni bukan semuanya indah. Besar jugak risiko aku ambik bila main game ni, sebab ni jenis game yang mudah buat kita maki hamun tanpa sedar.



Mula-mula tu aku main dengan keyboard je, aku bagi Aniq pakai controller. Bayangkan lah, game ni pakai controller pun dah susah, pakai keyboard lagi lah berkali ganda susah. Nampak gayanya aku nak kena beli satu lagi controller kalau nak teruskan main 2 players. Ataupun, aku boleh pujuk Aniq supaya dia tengok je aku main sorang-sorang hahaha. Nak enjoy sesuatu game tu tak semestinya memiliki. Hahaha, tak semestinya main, tengok pun dah seronok, lagi-lagi kalau game tu susah nak mampus. Aniq pun boleh tahan bising jugak dalam video yang ni, seronok sangat dia agaknya hehehe.



ahmaryusoff6

Selasa, Ogos 14, 2018

Left 4 Dead 2 Malaysia | Geng 8i | Tomodachi Ahmar #28





Haro



Mungkin ni video Geng 8i yang terakhir. Semua dah mula sibuk dengan kerja masing-masing. Dah jarang sangat dapat kumpul 4 orang untuk sesi bermain bersama-sama. Paling ramai pun dapat 3 orang, biasanya 2 orang je, kadang-kadang Dinie pergi tengok wayang dengan boyfriend dia, kadang-kadang Mamat sibuk main DOTA 2 bocah, kadang-kadang Ahmar tertidur kepenatan jaga anak, kadang-kadang Resmanshah asyik lupa nak beli PC.



Resmanshah perlu siapkan manuskrip novel sebelum hujung bulan. Dinie kena piat telinga oleh professor sebab tak siapkan Research Paper lagi. Mamat dah beli kedai baru, sibuk nak kena setup equipment dan aircond semua tu. Aku pulak tengah buat 2 kerja untuk cari pendapatan lebih sikit.



Tapi ni bukan nak bagitau Geng 8i sudah tiada lagi, cuma situasi sekarang tu macam ni lah. Aku akan cuba anjurkan lagi gaming nights bersama setakat mana yang boleh. Sebab ada beberapa jenis game tu memang best bila main bersama-sama.



ahmaryusoff6




Rabu, Ogos 08, 2018

500 Subscribers Special | Gaming Studio Tour 2018 | Cerita Ahmar #4





Haro



Dah masuk bulan 8 ni tiba-tiba dapat tahu dah ada 500 subscribers. Aku rasa gembira sangat ni. Baru je hari tu aku cerita pasal video aku dapat 1000 views, aku cerita hobi baru aku sunting video. Ramai yang support dan suka video aku, sampai ada 500 subscribers sekarang ni. Ini lebih dari cinta. Terima kasih kepada kawan-kawan dan famili yang support channel ni dari bulan 8 tahun lepas ni, sekarang ni dah hampir setahun usia channel ni. Nanti 19hb Ogos aku nak buat video khas sempena ulang tahun pertama channel ahmaryusoff6, aku nak cerita pasal sejarah channel ni nanti. Dalam video yang ni, aku rasa aku nak cerita pasal Gaming Studio yang aku gunakan sekarang ni.



Kalau korang perasan, hari tu aku pernah upload cerita pasal Gaming Studio aku yang aku baru setup dulu. Dalam video tu aku cerita pasal setup PS4 dengan laptop atas meja kecik kat tingkat atas. Sekarang aku dah upgrade banyak barang, dah jadi lain dah Gaming Studio aku ni. Aku dah tak pakai laptop, aku pasang PC sebijik, dah beli meja baru tambah lagi 1, lepas tu aku alihkan sikit Gaming Studio rapat ke sudut dinding. Jom kita tengok.



Gaming Studio 2018:



Monitor 1: PREDATOR X34A 34" with G-SYNC

Ultrawide 2K Resolution (sebab tu video aku biasanya jadi panjang)

60Hz FPS asal tapi aku overclock jadi 100Hz

2 speakers untuk tengok movies dari jauh

RGB LED tapi biasanya aku buat kaler putih je untuk tengok keyboard

Nanti aku buat review khas untuk monitor ni



Monitor 2: Samsung 24SF350 24" 1080p

Sambung dengan PS4 dan PC jugak

Guna untuk tengok Discord dan Steam



Keyboard: DELL Basic

Tak nak review hahaha

Nanti nak upgrade kepada Logitech Pro



Mouse: Steelseries Rival 310

6 buttons programmable

Quick profile change

Saiz besar, sedap digengam, egornomic ikut bentuk tangan kanan

RGB, guna untuk tunjuk current profile dan notification untuk Discord Chat

Nanti aku buat review khas untuk mouse ni



PS4 Pro 1TB

Sambung dengan monitor 24"



Headset: SADES SA-807

Boleh sambung dengan Dualshock 4 dan phone

Ear cushion tutup keseluruhan telinga

Ada mikrofon untuk voice chat dan rakam video

Nanti aku buat review khas untuk headset ni



CPU: AMD Ryzen 7 1700 3.0GHz

GPU: GALAX HOF GTX1080Ti

RAM: Corsair DDR4 PC2400 8GB x2

SSD: Kingston M.2 PCIE KC1000 240GB

HDD 1: Toshiba SATA III 1TB

HDD 2: Seagate 500GB External

HDD 3: Western Digital 2TB External

Casing: Fractal Design Meshify C



Lain kali aku cerita lagi pasal Gaming Studio, sebab aku belum lagi habis upgrade. Nak kena beli keyboard baru, webcam, mikrofon, kerusi gaming. Mungkin kena tambah hard disk lagi sebab aku rekod banyak video ni hahaha.



ahmaryusoff6

Ahad, Julai 29, 2018

Left 4 Dead 2 Malaysia | Sniper Terulung | Tomodachi Ahmar #27





Haro



Kali ni aku cuba buat video mengikut tema sendiri, aku potong klip and susun semula ke dalam tema yang berkaitan. Jadinya video kali ni tidak mengikut urutan waktu. Aku puas hati dengan hasil suntingan video kali ni, aku rasa aku tengok dalam 10 kali. Hahaha syok sendiri pulak.



Ini antara hasil kualiti sniping yang aku paling puas hati sekali. Game ni dia sediakan sniper rifle yang berkuasa dan mekanik sniping yang seronok. Snipe headshot berulang kali pun tak bosan. Mamat pulak macam biasa buat hal sendiri, kadang-kadang menyakat pasukan, tak terlalu serius untuk menang dan lebih kepada mahu mencipta kenangan indah bermain bersama. Dah macam perangai Deadpool hahaha. Aad11nie banyak buat lawak spontan, Mamat pulak lebih mendiamkan diri sebab ramai orang kat rumah dia pada masa tu. Bila redking masuk team bermain bersama, Aad11nie yang lebih banyak menolong dia apabila aku dan Mamat membuli. Dia memang ada bakat melayan peminat, sebab tu lah dia jadi popular sekarang.



Aku rasa kualiti audio masih belum mantap lagi. Subtitle pun tak ikut standard yang sama, selalu ubah-ubah ikut suka. Rasanya susunan video tu boleh dipanjangkan lagi, ada babak yang cepat sangat, tak sempat nak faham apa yang berlaku. Video kali ni aku ambik masa seminggu untuk disiapkan, mungkin aku dah tak dapat ulang perkara yang sama lagi hehehe. Walau macam mana pun, aku akan terus berusaha sebab aku rasa sangat seronok di dalam proses menyunting, dan puas hati dengan hasil video.



ahmaryusoff6

Jumaat, Julai 27, 2018

Little Nightmare Malaysia | Lintah | Ahmar Aniq #21





Haro



Sekali lagi aku mengalah dengan Aniq untuk main satu lagi game horror, The Little Nightmares. Tak sangka pulak aku pun enjoy jugak main ni hahaha. Dalam game ni kita kawal seorang budak perempuan di dalam sebuah kapal di tengah lautan dalam keadaan gelap dan basah. Kita cuma dapat berlari-lari lompat sambil elak dari ditangkap oleh musuh yang besar macam giants. Gaya persembahan game ni agak menarik, dengan suasana suram dan misteri, kita cuma boleh gunakan pemetik api je untuk bantu kita berjuang. Kadang-kadang tu kena cari kunci untuk buka pintu ke kawasan seterusnya. Ada beberapa boss fight yang mudah, kalau susah pun sebab kamera dalam game ni sedikit menyukarkan kita untuk bergerak dengan lancar.



Walaupun Aniq yang beria-ia sangat nak game ni, kadang-kadang tu dia pergi main kat tempat lain, tinggal lah aku sorang je yang teruskan main seorang diri. Kalau Aniq ada sekali meneman, dia akan cerita lebih pasal kisah dalam game ni, pasal karektor dan musuh. Pendek kata, dia bagitau semua spoilers yang ada dalam game ni, kurang asam betul.



ahmaryusoff6

Rabu, Julai 25, 2018

1000 Views Special | Hobi Baru ahmaryusoff6 | Cerita Ahmar #3





Haro



Wow! Aku tak sangka betul. Video aku boleh dapat 1000 views. Terima kasih pada semua yang  tengok video ni, tak kisah lah tengok 6 saat ke, 1 minit ke, atau tengok sampai habis alhamdulillah, yang pastinya korang luangkan masa untuk tengok video ni. Tapi aku rasa bukan sebab video aku ni best sangat sangat sangat. Aku rasa korang tengok sebab dalam video ni ada 3 orang yang disukai ramai. Karektor diorang ni unik. Memang pandai buat lawak. Cara main pun memang pro. Bayangkan kalau video ni cuma ada aku sorang je, mesti bosan yang teramat tu hahaha. Video-video aku yang lain tu views dalam 50 views camtu je. Jauh bezanya tu. Yang ni satu je pelik boleh capai 1000 views.



Aku start upload video kat Youtube ni, mula-mula tu memang niat nak simpan video bagi aku sorang je tengok, jadikan arkib untuk simpanan hari tua. Lepas tu datang rasa nak tunjuk kat keluarga, kat kawan-kawan. Akhirnya aku buat channel jadi public je bagi semua orang tengok. Video aku awal-awal tu memang bosan gila, kurang bercakap, main sorang-sorang tak bercakap duk diam-diam je. Aku pun mula belajar cara nak sunting video pulak. Bahagian yang bosan, aku buang, aku simpan bahagian yang seronok je. Awal-awal tu gitu je lah, mudah je sunting video. Sekarang ni aku dah belajar sikit sikit cara sunting video, zoom in, slow motion, tambah sound effect, tukar kaler video. Setiap hari tu memang tak sabar rasanya nak sunting video. Kadang-kadang tak main game langsung, asyik sunting video je hahaha. Dah tukar hobi dah terus dah ni. Hari-hari duk sunting video. Semua video aku ni hasil dia lain-lain semua kalau korang perasan, sebab aku masih belajar lagi, buat video baru mesti akan belajar benda baru. Boleh tengok beza dia video ni dengan video terbaru aku hahaha.



Tapi sejujurnya nak sunting video tu memang makan masa lama gila. Cut and edit pun dah ambik masa sejam. Nak tambah subtitle, effect semua tu boleh jadi 4 jam untuk sunting 1 video! Macam tak berbaloi je kalau takde orang tengok. Lagi bagus aku main game je hahaha. Tapi memang aku enjoy sunting video semua ni jadi aku tak kisah pun kalau perlukan masa yang lama. Cuma mungkin aku tak boleh nak sunting semua video aku cantik-cantik, aku pun nak kena main game lagi, nak kena pergi kerja lagi. Mungkin 1 atau 2 video je seminggu tu sempat lah kut.



Biar aku tengok balik video 1000 views ni, lepas tu aku boleh cerita apa yang terjadi dalam video ni, dan apa yang aku sepatutnya boleh buat kalau aku sunting semula video ni. Video ni aku dalam bulan April. Sekarang ni dah bulan Julai. Dalam masa 3 bulan ni, skill aku dah banyak meningkat nih hahaha perasan betul woih.



ahmaryusoff6


Isnin, Julai 23, 2018

PUBG Mobile Malaysia | Tommy Best Medic | Ahmar Main Mobile #7





Haro



Video ni aku tujukan khas kepada pemain PUBG Mobile paling berusaha sekali. Nama dia Tommy, nama manja dia abang8inci. Tommy seorang yang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa dia nak. Kalau kita kalah, dia akan berikan kata semangat, suntikan motivasi untuk terus berusaha. Jangan mudah mengalah kalau gagal. Kata-kata trademark dia adalah "We need to have burning desire to get what we want". Memang terkesan betul kalau duduk bersama dia. Dulu dia seorang yang gemuk 100kg++, tapi sekarang ni dah jadi seorang atlet Triathlon yang aktif masuk pertandingan di dalam dan luar negara. Fuh bukan main-main apek ni. Dalam video pun korang pun boleh tengok betapa bersemangat dia berusaha untuk capai kemenangan.



ahmaryusoff6

Selasa, Julai 17, 2018

Left 4 Dead 2 Malaysia | Arwah Baik Orangnya | Tomodachi Ahmar #25





Haro



Sempena Steam Summer Sale 2018, aku belanja budak-budak ni belikan game Left 4 Dead 2. Katanya Top 10 Best FPS of All Time. Game ni sangat seronok kalau main dengan kawan-kawan secara santai, tak perlu nak serius sangat bila lawan zombie horde ni. Penuh dengan gelak ketawa dan aksi-aksi separa siuman hahaha. Mamat memang dah semula jadi bersifat suka membawa malapetaka. Resmanshah pulak memang banyak idea bernas, kejap-kejap jadi Ustaz, kejap-kejap jadi DJ Radio. Si Aad11nie.. hmm... bosan je dia, macam takde personaliti menarik pun, tapi entah kenapa ramai kipas susah mati.



Sejujurnya, aku tak enjoy sangat main game ni, mungkin sebab teknologi dia dah di telan zaman, grafik pun tidak dinaiktarafkan kepada zaman moden 2018. Pilihan senjata agak terhad pada pendapat aku, cuma sedap bila pakai Shotgun dan Sniper Rifle je. Zombie AI memang macam anak haram, dah macam cheating pun ada. Sekali datang memang ramai gila, terasa macam non-stop. Kalau special enemy datang serang, kira dah confirm KO lah tu, lepas berjaya bunuh pun nanti datang seekor lagi buat stunlock. Mungkin kitorang yang salah main, tak guna taktikal atau senjata yang sesuai kut. Walau apa pun, aku rasa sangat seronok main dengan kawan-kawan yang sporting dan gelak terbahak-bahak.



ahmaryusoff6

Isnin, Julai 16, 2018

PUBG Mobile Malaysia | Lelaki Terulung | Ahmar Main Mobile #6





Haro



Match ni aku main dengan Office Mate Syukri. Dia ni pro player BF3 dulu, IGN deathsoul86. Pernah buat maraton main game sampai seminggu katanya. Ambik cuti sebab nak main game pun pernah. Malang sekali dah lama dia bersama dari main game, sekarang ni dah jadi budak noob je hahaha.



ahmaryusoff6

Jumaat, Julai 13, 2018

The Walking Dead Malaysia | Balas Dendam | Ahmar Main PS4 #40





Haro



Aku selalunya bila main game, memang akan cuba sedaya upaya untuk jadi orang yang baik. Sebab aku rasa itu lah sifat kemanusiaan yang patut aku latihkan dalam diri aku hahaha. Lagipun kebanyakan game yang ada sekarang ni cuma akan beri manfaat pada gameplay yang baik sahaja, contohnya untuk pastikan tiada orang yang mati atau pastikan tidak kehilangan support dari NPC.



Tapi kali ni aku dah bunuh semua orang yang aku rasa patut mati dalam farm house tu. Kalau ikut plan asalnya memang aku tak nak bunuh sesiapa kecuali jika story yang paksa aku bunuh. Yang mak tu memang dia akan mati ikut jalan cerita, tapi anak-anak dia 2 orang tu sebenarnya aku ada pilihan untuk selamatkan, tapi aku ikut emosi dan rasa aku kena bunuh jugak. Macam biasa, lepas dah bunuh tu aku rasa menyesal dan berasa mungkin itu bukan keputusan yang terbaik. Teringat pulak cerita Vegeta dan Fliza yang join group Goku sebab Goku tak bunuh mereka walaupun mereka orang jahat dah bunuh banyak kawan-kawan Goku.



ahmaryusoff6

Isnin, Jun 25, 2018

Rules of Survival Malaysia �� Indonesia | Sniper Terulung | Tomodachi Ahm...





Haro



Lama sangat dah tak upload video ni. Raya sakan betul hehehe. Ni video Rules of Survival yang terakhir rasanya. Aku dah main game lain sekarang ni, Aad11nie dan Mamat pun dah sibuk dengan aktiviti lain. Aku macam berasa nak main game puzzle yang menguji minda, atau game RPG popular yang aku masih belum habiskan lagi. Nak main game indie yang dapat banyak pujian pun OK jugak kut.



ahmaryusoff6

Jumaat, Jun 08, 2018

Friday The 13th Killer Puzzle Malaysia | Ki Ki Ki Ma Ma Ma | Aniq Ahmar #14





Haro



Aniq mintak nak main game puzzle, tapi dia bukan minat sangat kat elemen puzzle dalam game tu pun. Dia cuma nak tengok elemen gore bila Jason bunuh orang je. Aku yang tolong mainkan ni pun turut terhibur lah jugak tengok keganasan luar biasa game ni. Tapi yang paling penting, puzzle dia memang seronok dan bijak, jadi aku pun puas hati bila dah habiskan game ni.



ahmaryusoff6

Ahad, Jun 03, 2018

Rules of Survival Malaysia Indonesia | Ngentot Gang | Tomodachi Ahmar #23





Haro



Ni percubaan untuk aku viralkan video di dalam dua negara sekaligus. Aku persembahkan The Ngentot Gang!



Dalam game ni aku mati awal tapi team masih boleh dapat Rank 2. Tapi tu bukan yang best pasal video ni, yang bestnya sebab team kali ni adalah gabungan dari 2 negara Malaysia dan Indonesia. Komunikasi yang unik berserta ejekan dan gurauan tu buat kami tak kering gusi sepanjang perlawanan. Walaupun jam dah masuk pukul 3 pagi, terus hilang rasa mengantuk tengok gelagat Mamat dan Bengz saling bertukar ejekan.



Terima kasih banyak ya Bengz, semoga kita boleh berjuang lagi sebagai Ngentot Gang.



ahmaryusoff6

Khamis, Mei 31, 2018

Among The Sleep Malaysia | Sexy Shadow Girl | Ahmar Aniq #13





Haro



Hari ni tiba-tiba anak aku minta aku main game horror lagi. Kali ni kita jadi seorang bayi baru nak belajar cara berjalan, kalau berjalan lama sikit, nanti akan terjatuh sendiri. Kita lebih laju bila merangkak berbanding dengan berjalan.



Game ni cerita pasal kita mencari mak yang hilang dengan bantuan seekor patung beruang yang boleh bercakap. Kita dibawa masuk ke dalam dunia fantasi dengan menggunakan memori mak kita sambil dikejar oleh Shadow Man atau Shadow Girl. Walaupun game ini berunsurkan seram, tapi ia tidak menggunakan teknik jumpscare untuk memeranjatkan kita. Tapi aku masih jugak terkejut bila tiba-tiba Shadow Girl datang dari belakang.



Dalam game ni kita takde senjata, boleh lah nak ambik barang dan baling barang tapi takde kesan ke atas persekitaran dunia ni. Kita akan tolak dan tarik kerusi untuk lompat ke tempat yang lebih tinggi atau bukak pintu yang berkunci. Lepas tu kita larikan diri kalau terjumpa dengan Shadow Girl.



Satu lagi benda yang aku perasan, game ni sangat mudah buat aku pening. Mungkin sebab pergerakan First Person View yang laju atau grafik yang terlalu fantasi. Atau mungkin aku yang kurang sihat kut. Sebab bila dah main lebih dari sejam tu, dah tak rasa pening-pening dah.



ahmaryusoff6

Selasa, Mei 29, 2018

Rules of Survival #13: Weapon Delivery | Tomodachi Ahmar #22





Haro



Yang menariknya pasal game genre Battle Royal, kita ada peluang untuk menang walaupun dengan equipment yang lemah berbanding pasukan lawan. Paling penting ialah teamwork dan lokasi peperangan. Kalau dua elemen ni kita dapat kuasai, maka kita boleh menang walaupun tak memiliki senjata yang hebat.



Contohnya di sini bila kami hanya tinggal 3 orang dengan senjata lemah dan tiada alat perubatan mencukupi. Dari bawah kami boleh nampak 4 orang musuh datang ambush dengan kelengkapan serba hebat. Kami berkampung di atas bumbung dengan harapan boleh bunuh musuh satu persatu. Dan ternyata kami berjaya kalahkan mereka dalam situasi 3 lawan 4 di atas tangga. Sebagai habuannya, kami pula yang menggunakan senjata serba hebat mereka sekali dengan pelbagai alat perubatan.



ahmaryusoff6

Isnin, Mei 28, 2018

Doom #4: Heavy Assault Rifle and Berserk | Ahmar Main PC #18





Haro



Ni lah game pertama yang aku main untuk cuba monitor 21:9 yang aku beli lama dulu. Sejujurnya aku jarang main game tembak menembak yang laju dan bersifat arcade seperti ini, tetapi ramai yang syorkan game ni, jadi aku pun akur dan cuba main sendiri. Tak sangka pulak aku seronok bermain hahaha. Game ni membuka mata aku untuk mencuba dulu game sebelum aku memberikan pendapat. Rugi kalau dah tolak awal-awal sebelum cuba sendiri. Nanti aku ceritakan kenapa aku rasa seronok sangat.



ahmaryusoff6

Jumaat, Mei 25, 2018

Rules of Survival #12: Koleksi Tragedi RoS | Tomodachi Ahmar #21





Haro



Dah lama sangat aku tak menulis kat sini. Macam dah terlupa 100% pasal blog kat sini. Niat asalnya nak sambung tulis dalam Bahasa Melayu, lepas tu hanyut pulak di pertengahan jalan. Kalau nak berikan alasan, mungkin sebab aku dalam proses nak tukar kerja sekarang ni. Masalah lain tak macam takde je dalam hidup aku. Sebab aku masih aktif bermain game dan aktif upload video kat YouTube. Cuma terlupa pasal blog ni je hehehe.



Kalau korang tengok, video aku ada beza sikit berbanding dari video-video awal aku dulu. Aku ada belajar sikit-sikit cara untuk buat video effect dan video transition. Menarik jugak kalau tambah rempah ratus macam tu. Benda yang lawak pun boleh jadi makin lawak (harapnya). Enjoy!



ahmaryusoff6

Jumaat, Mac 30, 2018

Rules of Survival #3: Ranking Nombor 2 Asia | Tomodachi Ahmar #7





Haro



Bila dah biasa main game genre Battle Royale ni, dah mula terikut-ikut dengan perangai nak merangkak dalam semak je. Akhirnya aku tak dapat nak bunuh musuh seorang pun. Aku dah tak pasti, adakah berasa seronok bila main dengan slow pace dan bersifat penakut macam ni. Lain kali aku nak cuba main dengan lebih berani dan heroic hehehe.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Mac 24, 2018

Until Dawn #5: Perangkap | Ahmar Main PS4 #29





Haro



Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Tiba-tiba pulak sibuk dengan kerja baru untuk tahun 2018. Kena masuk banyak kelas dan ambik banyak exam hahaha. Kali ni aku main lagi game Until Dawn, makin lama dah makin menakutkan. Dah ada orang mati dan cedera, semua babak tu nampak macam betul sampai aku yang tengah main ni pun boleh terasa sakit yang mereka rasa. Lepas ni babak girl in a towel pulak. Can't wait hehehe.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Mac 04, 2018

Until Dawn #2: Pretty Boys and Girls | Ahmar Main PS4 #26





Haro



Aku sambung main game Until Dawn ni, nak habiskan Chapter 1 tengok macam mana gaya game ni. Yang pertama sekali aku suka tengok reaksi wajah dan gerak geri tubuh badan watak dalam game ni. Semua nampak macam hidup dan kita boleh rasa emosi setiap watak. Yang kedua, aku tak berapa suka bila ada kejutan-kejutan kecil yang cuba buat aku rasa takut, tapi sebenarnya aku takut terjerit bukan sebab aku takut tapi sebab aku terkejut dengan adegan yang berlaku tiba-tiba berserta bunyi yang mengejutkan. Tak aci lah macam tu, aku nak merasai perasaan takut yang sebenar, bukan dengan cara kejutan bunyi macam tu. Huhuhu. Chapter 1 ni dia cuma nak kenalkan siapa watak yang terlibat dan sedikit tutorial mengenai cara bermain game dan mekanisme Butterfly Effect yang berkaitan dengan pilihan kita dan kesan akibat dari pilihan itu.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Isnin, Februari 26, 2018

Minecraft #3: Game Kotak Cantik with aad11nie dan MamatYT





Haro



Kali ni aku cuba main Minecraft pakai Shader Packs and Resource Packs. Dah jadi sangat cantik game ni bila pakai shader pack yang tambah bayang dan pencahayaan yang bermutu. Bila guna Resource Pack yang berlainan dari asal, semua texture dan skin akan jadi resolusi tinggi dan lebih real. Game ni bukan lagi jadi game kotak yang buruk. Aku baru perasan rupanya game Minecraft memang kerja dia korek blok je, sebab "mine" tu memang membawa maksud korek hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Until Dawn | Ahmar Main PS4 #25





Haro



Aku main game ni sebab anak lelaki aku nak sangat main game horror, tapi dia takut nak main sendiri, jadi aku lah yang menjadi tukang main secara paksa. Tapi bila aku main game ni, aku sendiri pulak yang rasa seronok dan terhibur. Sebab game ni memang macam kita tengah tonton movie thriller, semua watak tu nampak real dan penuh emosi. Kadang boleh terlupa kita ni sebenarnya tengah main game. Cara main game ni, kita akan diberikan pilihan nak teruskan cerita ikut citarasa kita sendiri. Lepas tu ada QTE yang kita kena selesaikan dengan cepat, atau kita akan ditimpa kesudahan yang buruk. Kali ni aku ikut saja apa yang anak lelaki aku mahukan, biarpun keputusan dia tu kadang-kadang tak munasabah hehehe.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Februari 22, 2018

Five Nights At Freddy's 4 | Ahmar Main PC #10





Haro



Bila main game jumpscares macam ni, aku jadi macam tak tahu apa nak buat. Dia tak bagitau pun apa yang aku kena buat, apa yang aku tak boleh buat, apa tujuan aku, apa quest aku. Aku cuma tahu kena survive sampai pukul 6 pagi, boleh guna lampu suluh dan boleh tutup pintu. Game macam ni nak kena main dan gagal banyak kali sampai lah boleh faham apa yang berlaku dan apa yang perlu dibuat. Malang sekali, aku tak rasa seronok sampai nak main berulang kali.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Totally Accurate Battle Simulator #3: Askar Cium | Ahmar Main PC #9





Haro



Walaupun game ni bagi aku macam game yang tak siap je, tapi seronok jugak bila main tu, rasa nak tengok apa yang AI akan buat dengan gabungan askar yang kita pilih. Kalah atau menang tu dah tak kisah sangat, asalkan dapat tengok aksi-aksi lucu askar yang menyerang dan askar yang mati. Ninja memang masih OP dalam semua misi, tapi bila dah dapat guna Trump, memang dia lah yang lagi OP. Yang bahagian last tu ada aksi askar bercium. Disarankan jangan tengok kalau kita ni jenis mudah terangsang hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, Februari 20, 2018

Minecraft #2: Game Kotak Bercahaya | Ahmar Main PC #8





Haro



Aku cuba tambah text untuk bagi orang lebih memahami apa yang berlaku dalam video tu. Sebab kadang-kadang tu aku mungkin tak sempat nak cakap melalui mikrofon, tapi bila tengok video sekali lagi, terperasan ada benda yang aku nak ceritakan. Dan jugak sebab kadang-kadang suara mikrofon tu kurang jelas, atau aku guna loghat Jepun ke Kelate ke, jadi kalau aku tulis tu, harap-harap pemahanan tu lebih lagi lah ye hehehe. Lepas ni nak belajar tambah musik latar pulak, kut-kut boleh tambah lagi kualiti video aku.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Februari 18, 2018

Minecraft #2: Rumah Pertamaku with aad11nie dan MamatYT





Haro



Aku masuk lagi dalam Server Minecraft milik aad11inie dan Mamat. Kali ni misi aku nak buat rumah untuk jadikan base aku. Sedap betul diorang gelakkan aku sebab aku ni noob. Sebab aku bawak pedang kayu je, baju apa pun takde lagi. Mamat memang sangat pro main game ni, tanya je dia apa-apa pun, dia boleh jawab sekejap je. Dia boleh penuhkan nyawa aku tanpa aku perlu makan makanan apa-apa, tengok tu hebat tak hebat. Aku buat keputusan buat rumah kat kawasan salji, sebab aku suka warna putih dan efek salji pun cantik jugak dipandang.



Aku buat rumah kecik ke untuk aku sorang. Cukup lah muat-muat untuk aku letak katil dan chest. Masalah utama yang aku hadapi ialah, tiada kambing kat kawasan salji ni. Kami bertiga pergi mengembara jauh untuk cari kambing, bila dah jumpa tu, sesat pulak tak tahu jalan pulang. aad11nie yang panjang akal cadangkan aku buat bed gunakan pokok yang ada berdekatan. Mamat yang superhero ditugaskan mencari jalan pulang. Akhirnya berjaya jugak buat katil dan pulang semula ke rumah.



Dalam perjalanan pulang tu Mamat berusaha nak menjinakkan 2 kambing untuk ladang dia, tapi malang sekali kambing tu tak bekerjasama, cuba melawan Mamat, sampai aad11nie pun naik bengang tengok gelagat kambing. Tengah Mamat cuba nak tarik kambing tu naik bukit, tiba-tiba mereka di serang oleh serigala dan akhirnya semua kambing mati di tempat kejadian. Hahaha dunia Minecraft ni kejam jugak ye.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Borderlands 2 #2: Mael Lambong | Ahmar Main PS4 #24





Haro



Kali ni aku main gunakan karakter Gunzerker, Ultimate dia ialah dual wield gun tembak semua sambil peluru dia regenerate dan nyawa pun regenerate. Jadi aku dah tak boleh nak guna sniper rifle sangat sebab Ultimate dia lebih sesuai digunakan dengan senjata yang ada banyak peluru dan boleh tembak laju-laju. Kat akhir-akhir video tu ada 2 jenis bug yang buatkan aku dan musuh melambung tinggi. Barangkali bug ni pun sengaja ditinggalkan dalam game sebab nak tambah lagi unsur lawak kut hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz


Jumaat, Februari 16, 2018

Totally Accurate Battle Simulator #2: Ninja Master | Ahmar Main PC #7





Haro



Aku rasa Ninja Master dalam game ni memang overpowered betul. Sebab dia tu serang dari jarak jauh, nyawa dia pun tinggi jugak. Cukup lengkap untuk menang dalam kebanyakan level. Ada satu askar tu jenis Chariot, kerja dia cuma pergi langgar musuh dengan halaju tinggi, memang lawak bila tengok. Aku suka jugak guna askar Barrelroller, sebab bila dia dah meletup, nanti kawasan tu akan terbakar dan boleh bunuh musuh yang berjalan kat atas tu. Kiranya damage dia boleh tahan lama lah. Last sekali ada Trump yang dual weild M16 rasanya, ni pun satu lagi karektor OP dalam game ni. Habis semua musuh dia tembak hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Februari 15, 2018

MGSV: D-Horse Furicorn Pooping | Bakusho Series #6





Haro



Pernah tak jumpa game yang bagi kita seekor kuda yang nampak ganas badan berduri-duri ada parut sana sini, lepas tu kuda tu ada kebolehan untuk berak di mana-mana je? Game ni je yang ada benda ni tau hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, Februari 13, 2018

Totally Accurate Battle Simulator | Ahmar Main PC #5





Haro



Aku tak pernah jumpa game simulator macam ni. Nama game kemain lagi cakap "Totally Accurate", tapi gameplay memang ke laut lah, Lawak gila sebab AI yang tak konsisten dan karektor yang bukan-bukan. Grafik dia pun biasa-biasa je tapi perlaksanaan dia memang licin dan bergaya, lagi-lagi bila dah keluar musuh Neon, cantik dengan pencahayaan tersendiri.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Hello Neighbor | Ahmar Main PC #5





Haro



Salah satu game kegemaran anak lelaki aku. Dia ni memang minat betul dengan game genre horror macam ni. Tambahan pulak game ni lawak pun boleh tahan. Game ni sebenarnya ada banyak versi Alpha yang dia keluarkan. Kali ni aku main versi Alpha 3 dan Alpha 4. Nanti aku upload lagi yang versi Alpha pulak.



ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Isnin, Februari 12, 2018

MGSV: Sniping Heli + Ground Kills | Kamiwaza Series #11





Haro



Bertungkus lumus aku mencari akal berusaha untuk musnahkan helikopter yang tengah terbang kat udara tu, nyawa dah tinggal pendek nasib baik dapat jugak aku tembak jatuh. Tak sangka pulak heli tu akan jatuh ke arah troops kat ground hahaha. Bukan lah, sebenarnya aku memang dah set up baik punya biar heli tu memang jatuh kat situ. Sebab aku ni kan sniper terulung di dalam negeri kah kah kah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Februari 11, 2018

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain #5: Gray Fox | Ahmar Main PS4 #23





Haro



Aku memang sangat minat gila dekat Gray Fox. Dia jenis yang cool dan tak banyak cakap, asalkan dia dapat buat apa yang dia nak. Cerita pasal dia tu agak sedih jugak lah, tapi yang aku ingat cuma gaya cool dia dan keperibadian dia lepas jadi Ninja. Sangat teruja bila dapat main guna skin Gray Fox dalam game ni, tapi sekadar skin je lah, nak guna semua skill dia tu memang tak dapat pun :(



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Jumaat, Februari 09, 2018

Five Nights At Freddy's 2 | Ahmar Main PC #3





Haro



Anak lelaki berjaya paksa aku main game ni selepas berkali-kali memujuk dan merayu. Aku dah banyak kali hampakan dia, tapi dia memang tak putus asa, macam-macam cara yang unik dia gunakan untuk pujuk. Dia memang suka betul kat game horror macam ni, cuma dia takut nak main sendiri. Aku pulak sangat tak suka main game horror, aku ni jenis yang lemah semangat dan akan mencarut kalau tengah terkejut hahaha. Bila aku dah main game ni dengan anak lelaki aku tu, memang boleh tahu dia betul-betul minat kat game ni, semua nama character dan semua elemen dalam game tu dia hafal selamba je. Aku macam kagum jugak.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Februari 08, 2018

Rules of Survivor: Sniper Terulung with Kuro Amie | Tomodachi Ahmar #3





Haro



Hari ni aku main game Battle Royale Rules of Survival dengan Youtuber tersohor Kuro Amie. Kesian kat dia sebab nak kena ajar aku dulu cara-cara nak jadi sniper terulung di dalam Asia. Terima kasih banyak luangkan masa untuk ajar player noob macam aku ni. Dia memang pro gila main game macam ni, takde rasa takut langsung sikit habuk. Cara main pun bukan duduk diam sembunyi-sembunyi dalam bangunan, memang berani berlari pergi cari musuh. Nanti aku upload lagi game yang aku main dengan Kimi. Kelakar menatang ni hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, Februari 06, 2018

Minecraft: Jalan-jalan server with Dinie, Mamat, dan Aslark





Haro



Akhirnya aku berjaya masuk ke dalam server Minecraft yang dikendalikan oleh Dinie dan Mamat. Diorang berdua ni memang obses sangat dengan Minecraft sampai dah ada server sendiri. Memang mempunyai visi yang jauh dan berani buat extra untuk minta mereka. Aku hormat mereka berdua ni, jarang-jarang aku jumpa. Diorang ni kalau main game apa pun memang akan buat yang terbaik, konfirm mesti dapat nombor satu dalam Asia punya lah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Isnin, Februari 05, 2018

Roblox: Top 10 Anime Betrayal with Aniq | Tomodachi Ahmar #1





Haro



Aku nak lancarkan siri baru pasal aku main game dengan kawan-kawan gamer yang lain. Aku mulakan dengan sesi main game ROBLOX dengan gamer Aniq. Dia ni umur 5 tahun je, tapi lagi advance dari aku dalam pengetahuan pasal ROBLOX. Aku ikut je apa dia cakap, mesti banyak ilmu aku boleh pelajari. Dia tahu pasal game apa yang seronok, bilik rahsia dan senjata rahsia, access code dan macam-macam lagi lah. Minuman yang dia tak suka ialah air kopi hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

MGSV: Sniping With Tank Cannon | Kamiwaza Series #10





Haro



Aku buat kesilapan besar tak bawak senapang yang boleh tembak helikopter. Tapi sebab aku ni jenis yang tak mengaku kalah, aku nak jugak selesaikan misi ni guna apa yang ada. Kalau aku guna sniper rifle aku bawak tu, rasanya sampai habis peluru pun takkan boleh menang. Masa tu lah terlintas idea nak gunakan kereta kebal untuk tembak helikopter. Aku ingatkan mustahil, ye lah sebab helikopter tu kan terbang kat atas, kereta kebal bukan nya boleh aim sampai ke langit pun. Tak sangka aku berjaya jugak snipe pakai meriam kereta kebal tu. Hebat tak aku hahahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Februari 03, 2018

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain #5: Mortar Sniper | Ahmar Main PS4





Haro



Koleksi sniping gameplay menarik dalam game MGSV yang aku main. Aku banyak pakai sniper rifle untuk selesaikan misi dalam game ni. Tapi kalau nak lawan helikopter atau kereta kebal tu memang tak boleh nak snipe guna rifle biasa. Dalam game ni aku naik tank untuk snipe gunakan cannon, atau aku gunakan sniper rifle high caliber yang boleh tembus armor tebal-tebal. Kelemahan sniper ni bila melawan musuh yang berada dalam kumpulan. Situasi macam tu aku akan gunakan bom atau mortar untuk hapuskan semua sekaligus hahaha. Puas hati giler.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

MGSV: 1 Shot Sniper | Kamiwaza Series #9





Haro



Ni aktiviti aku masa tengah tunggu helikopter dapat ambik aku lepas selesai misi. Ternampak pulak burung yang aku pernah tag mula-mula sekali. Terus tangan gatal terasa nak snipe, saja je nak test skill. Pening jugak nak zoom cari burung tu sebab dia terbang ikut suka dia je. Aku aim kat depat sikit, tembak sekali, boom headshot hahaha. Tapi jangan risau, burung tu tak mati, dia tidur je. Ada lagi aku pelihara, nama dia "Crow's Zero".



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

MGSV: Bear VS Tranquilizer Gun | Kamiwaza Series #8





Haro



Aku baru je turun dari helikopter, tengah nak gi tempat nak buat misi. Terkejut aku tiba-tiba je ada beruang kat atas bukit. Terus aku rasa nak tangkap beruang ni nak jadikan koleksi. Eh silap, nak selamatkan dia dari zon peperangan yang bahaya ni hahaha. Tapi badan dia memang besar betul, tembak guna tranquilizer gun banyak kali baru lah dapat tidurkan dia. Dah lah laju macam apa entah. Akhirnya berjaya jugak aku selamatkan, sekarang dia hidup gembira dalam kandang kat base. Aku namakan dia, "Pakcik Kuma".



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Januari 28, 2018

Roblox | Ahmar Main PC #2





Haro



Akhirnya aku mengalah jugak pada keinginan anak lelaki untuk main game ROBLOX. Kalau dah hari-hari dipujuk dirayu, memang lama-lama tu akan mengalah jugak. Salah satu cabaran hidup sebagai gamer yang ada anak. Tapi boleh tahan jugak best bila boleh bermain bersama, harapnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara ayah yang hensem dengan anak yang nakal.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Januari 27, 2018

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain #3: Quiet | Ahmar Main PS4 #21





Haro



Quiet memang best sebagai buddy dalam game ni. Kalau dah upgrade sniper rilfe dia jadi yang boleh shoot peluru tranquilizer, memang senang nak buat serangan taktikal tanpa disedari musuh. Nak suruh Quiet pergi scout area dulu pun boleh jugak, nanti dia mark semua musuh dan item dalam area tu. Tapi satu je lah, dia ni seksi sangat, kain tak cukup hehehe. Susah nak fokus main game.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Januari 21, 2018

Minecraft | Ahmar Main PC #1





Haro



Game pertama aku main kat PC baru aku. Dah lama sangat kawan-kawan ajak main game ni, ni baru ada peluang nak cuba. Sejujurnya perut aku tak boleh terima grafik macam ni, rasa pening nak muntah pun ada. Orang kata boleh pakai mods dan shaders kalau nak bagi lagi cantik, tapi aku nak jugak merasai game ni ikut visi asal developer dia. Sekarang aku main kat server dengan kawan-kawan YouTuber jugak. Maaf aku memang noob habis hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Januari 20, 2018

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain #2: S Rank | Ahmar Main PS4 #20





Haro



Saat rare aku dapat S Rank dalam game ni. Masa ni aku belum dapat sniper rifle with silencer lagi, jadi aku bunuh je banyak mana yang aku boleh dari jarak jauh sebelum ada musuh yang perasan aku ada kat mana. Tapi memang terserlah betapa noobnya aku bila guna rifle dan CQC hahaha. Ada ke patut aku boleh terlupa pasal tank tu hahaha. Orait minggu depan aku upload video pasal Quiet pulak.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Januari 13, 2018

Borderlands 2 | Ahmar Main PS4 #19





Haro



Salah satu game yang paling fun yang pernah aku main. Presentation dia lawak dan cool penuh bergaya. Memang semua benda dia buat lawak. Nama enemy, nama weapon, rupa bentuk weapon, jalan cerita, twists cerita semua benda lawak. Gameplay pun unik dan ada pelbagai cabang untuk mainkan game ni. Video ni aku nak tunjuk cara dia buat intro untuk NPC dalam game ni, semuanya ganas tak boleh blah hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Januari 11, 2018

Overwatch Match Highlights | Kamiwaza Series #5





Haro



Sempena Overwatch League yang sedang berlangsung, nak share lah jugak highlights yang best-best yang berjaya aku kumpul selama ni. Sebab aku ni noob azali, ni je lah yang aku dapat guna Soldier 76, Reaper, Lucio. Hero-hero yang kompleks tu aku tak pandai nak guna hehehe. Game multiplayer yang seronok, sangat best bila main dengan kawan-kawan sebab kena ada sinergi antara sesama hero.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Isnin, Januari 08, 2018

Metal Gear Solid V: The Phantom Pain | Ahmar Main PS4 #18





Haro



Sempena hari jadi aku hari ni, aku upload gameplay untuk sebuah game lagenda terulung di abad ini. Nak review banyak-banyak pasal game ni pun, semua orang dah tahu kut game ni best hehehe. Aku kalau main game tembak-tembak memang akan pilih guna sniper atau shotgun je. Sebab nak feel tembak musuh dengan 1 peluru, memang rasa sangat teruja main macam dalam diri. Tapi shotgun tu tembak banyak peluru kan? Hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Jumaat, Januari 05, 2018

Lara Croft and The Temple of Osiris Boss Fight: Anubis | Bosusen Series #11





Haro



Final boss fight dengan Anubis. Macam biasa lah bila dah final boss, banyak lah anak-anak buah datang menolong. Tapi yang bestnya fight ni, Anubis tersangat lah besar, nak serang dia pun memang tak berkesan. Jarang-jarang rasa hopeless macam ni.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Januari 04, 2018

Aaru's Awakening Boss Fight: Dusk | Bosusen Series #10





Haro



Perlawanan dengan Boss Dusk. Game ni control dia susah sikit tapi lepas dah biasa tu memang mudah je. Tapi kalau dah biasa dengan control pun, challenges dia tetap jugak susah. Dengan mahir timing dan tak boleh cepat putus asa. Lupakan saja pasal Time Attack hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz