Jumaat, September 29, 2017

Stop buat video pasal Bloodborne

Haro,

Setakat ni dah 3 kali aku buat video pasal game Bloodborne untuk PS4. Ada banyak lagi benda aku nak cakap pasal game ni tapi rasa macam bosan pulak asyik cakap pasal benda sama je. Dah macam takde benda lain nak cakap hahaha. Sebab tu aku rasa nak tukar angin sikit, nak main game lain pulak.

Jadi aku nak upload video pasal game selain Boodborne, lepas tu boleh lah kembali semula main Bloodborne kalau aku rasa ada benda aku nak ceritakan. Harapnya nanti idea aku pun semakin berkembang dan membawa nilai hiburan bermutu kah kah kah.

Game apa seterusnya aku tak tahu, yang pastinya video akan up hari Sabtu ni. Lepas ni nak kena start promosikan video dekat peminat-peminat game lah pulak. Setakat ni cuma share video dengan kawan-kawan je. Rasa malu pulak nak hebohkan hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 22, 2017

Video Ketiga akan diupload

Haro,

Lepas ni dah boleh upload video secara regular. Sekarang ni plan nak upload seminggu sekali je. Sebab utamanya ialah takut-takut tak cukup material nanti hehehe. Masa untuk main game dalam sehari tu tak banyak. Andai kata nanti jadual seharian dah berubah, mungkin boleh try upload video 2 kali seminggu.

Plan nak streaming tu masih takde lagi. Main game pun kat ruang tamu je, campur dengan internet pun tak cukup power sangat. Tapi best jugak lah tengok game stream orang lain tu, cara interaksi dengan penonton walaupun nak kena fokus jugak dekat game tu. Memang tabik habis.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada semua yang bagi komen dan feedback untuk video pertama dan kedua. Aku akan perhaluskan lagi teknik editing dan kualiti contents sikit-sikit ye. Nanti nak mintak komen lagi untuk improve lagi.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 08, 2017

Video Kedua akan dilancarkan tak lama lagi

Haro,

Bila dah start buat video ni, memang sangat seronok buat planning and editing. Cuma masalahnya susah jugak nak cari masa yang sesuai nak habiskan editing. Sebab rumah ni memang selalu ada budak-budak, bila nak record voice over tu memang tak boleh lah. Tak pasal-pasal keluar suara budak menangis nak mintak dukung pulak hahaha.

Nampak gaya nye lah, nak kena ada gaming studio jugak ni. Tambah sekali studio mic, webcam, dan green screen. Buat besar-besaran tapi takde orang nak tengok pun hehehe. Insya-Allah boleh buat macam tu ni, tapi sekarang ni kita gunakan apa yang ada je.

Oleh itu, video kedua ni delay sikit lah. Tapi memang rasa best jugak sebab ada player jemputan. Tapi bukan jemputan macam jemputan ke dalam gaming studio sekali, cuma sekadar main sama-sama online je. Hahaha tengok lah sendiri nanti baru faham.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 01, 2017

Genre kegemaran pribadi Tahun 2017

Haro,

Sekarang ni aku tengah cuba habiskan Persona 5, lepas tu nak pulangkan kat CB-Genesis. Hahaha game pinjam je, so kena habiskan cepat-cepat. Memamng syok gila lah game ni, music stylish, artwork cool, story dia agak cliche sikit lah. 

Tapi pada masa yang sama, aku pun main game Stealth Inc 2, game platformer with gadgets. Walaupun waktu main game tu terhad, tapi aku masih main game ni selama 15 minit sehari. Cuba habiskan test room lepas tu cari next test room. Aku enjoy dapat main lompat-lompat elak obstacles dan guna gadgets untuk pergi ke bilik seterusnya. Atau mungkin aku enjoy sebab game ni boleh main sekejap-sekejap, takde fokus kat story, cuma kena main je dan progress ke depan.

Ni pun aku tengah nak siapkan video kedua aku, masih lagi pasal Bloodborne. Kali ni nak cerita sikit pasal boss fight dan cabaran masa main solo dan masa main multi-player. Apa-apa pun, ni semua hanyalah pendapat aku je, nak share dengan semua orang hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz