Sabtu, Disember 30, 2017

Magicka 2 | Ahmar Main PS4 #17





Haro



Game ni kelakar dan ada gaya cool jugak lah. Bila nak serang musuh tu, boleh guna kombinasi macam-macam jenis magic. Kalau campur api dan batu, dia jadi batu berapi contohnya. Banyak lagi kombinasi pelik kalau nak try semua hahaha. Story pun kelakar, memang tak bosan kalau main sampai habis. Enemy agak mencabar, design enemy dah memang kelakar, ada jugak yang macam immune dengan sesetengah magik jadi nak kena tukar-tukar taktikal tengok lawan enemy mana satu. Lagi seronok kalau dapat main dengan kawan-kawan, confirm gelak je sampai ke sudah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Bloodborne Boss Fight #9: Gehrman | Bosusen Series #9





Haro



Perlawanan sengit menentang Last Boss Gehrman The First Hunter. Aku tak beri belas kasihan kat orang tua ni. Aku belasah dia cukup-cukup gunakan peralatan dari Crow Hunter dan Teleport Hunter. Memang puas hati lepas dapat kalahkan dia. Lepas ni dah tak nak main dah game ni hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, Disember 28, 2017

Ratchet and Clank: All Weapons | Kamiwaza Series #3 | No Commentary





Haro



Aku memang suka gila dengan semua weapon dalam game ni. Weapon dia tak realistik pun, semua macam tak ikut hukum fizik langsung hahaha. Tapi yang bestnya sebab efek dia havok dan lawak tahap gaban.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Disember 23, 2017

Super Time Force Ultra | Ahmar Main PS4 #16





Haro



Game ni macam simple je tapi gameplay dia main dengan time manipulation dan multiple payable characters. Sebab tu jadi seronok dan havok betul. Story pun lawak dan tak bosan. Weapons dan characters semua macam-macam jenis dan macam-macam cara, ada yang power gila, ada jugak yang senjata jenis lawak. Aku main sampai habis sebab game ni memang best dengan cara dia tersendiri.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz




Jumaat, Disember 22, 2017

Bloodborne Boss Fight #8: Amygdala | Bosusen Series #8





Haro



Lama jugak aku ambik masa nak kalahkan boss ni. Boss ni terlalu besar tapi laju pulak bila dia serang. Tambah lagi ada laser yang overpowered. Rasanya kena dua kali lawan baru boleh menang. Ni lah kali pertama aku tukar senjata masa tengah lawan boss hahaha. Pelik jugak kenapa aku tak pernah tukar weapon sebelum ni hmm.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, Disember 16, 2017

Monster Hunter World Beta | Ahmar Main PS4 #15





Haro



Minggu lepas aku main Monster Hunter World Beta sekejap. Dah lama sangat aku tak main MonHun sejak dari zaman PSP lagi. Game yang kali ni memang sangat cool. Dunia dia cantik, action dia smooth, nak buat combo dengan weapon pun tak susah. Senjata kegemaran aku heavy sword lepas tu aku suka jugak rocket spear sebab boleh terbang-terbang sangat bergaya. Item dan traps dalam game ni pun banyak. Nak main dengan group pun boleh jugak. Memang puas hati beta hahaha. Beta tak murka lagi.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Jumaat, Disember 15, 2017

Rayman Legends Funny Moment: Bouncing Island | Bakusho Series #4





Haro



Nak share funny moment kat level Inflatable Island. Gameplay dia lawak dan bunyi ikan pun lawak gila hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Rabu, Disember 13, 2017

Bloodborne Boss Fight #7: Teleport Hunter | Bosusen Series #7





Haro



Sebenarnya bukan boss pun tapi susah nak mampus nak kalahkan hunter ni. Tak perlu pun nak kalahkan dia, tapi masih jugak berusaha bersusah payah. Aku pun macam tak paham kenapa aku nak cuba jugak. Dah kalah berapa kali dah pun aku tak putus asa jugak. Rasanya mungkin sebab aku dah hampir berjaya kalahkan dia masa cubaan kali pertama. Akhirnya aku dapat jugak kalahkan tapi kemenangan yang kurang bergaya sikit kah kah kah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Disember 10, 2017

Ratchet and Clank | Ahmar Main PS4 #14





Haro



Game ni senjata dia paling gila sekali. Aku memang jarang sangat main game platformer sebab aku ni jenis yang suka layan story dan strategy dalam game RPG, ataupun selesaikan puzzles dalam game. Tapi yang bestnya pasal game ni ialah, grafik yang cun melecun, dan jenis weapon yang gila-gila. Memang puas hati kalau dalam cuba semua weapon dalam game ni. Semua senjata boleh level up dan upgrade jadi lagi gila.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Jumaat, Disember 08, 2017

Hohokum: Zen Circle | Kamiwaza Series #3





Haro



Salah satu game genre zen yang aku pernah main. Dulu kat zaman PS3 aku main Flower dan Journey. Sangat menenangkan jiwa dan sanubari. Aku memang tak sangka game sebenarnya boleh jadi sejenis hasil seni yang cantik dan beremosi.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Rabu, Disember 06, 2017

Bloodborne Boss Fight #6: The One Reborn | Bosusen Series #6





Haro



Antara boss yang aku berjaya kalahkan tanpa aku perlu mati dulu hahaha. Rasa sangat puas, rasa macam aku ni berbakat dan penuh taktikal. Tapi entah-entah aku menang sebab aku dah over leveled atau pun sebab equipment aku OP sangat kah kah kah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Disember 03, 2017

Main Tanpa Guides VS Main Tengok Guides

Haro

Dulu aku pernah cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang Trophy Hunter. Tapi sekarang aku dah tak pandang sangat kat trophy, lagi-lagi platinum trophy tu. Rasa macam buang masa bila nak kena ulang buat benda yang sama semata-mata nak dapatkan trophy je. Aku rasa tu bukan cara betul untuk main game. Sama jugak dengan main guna guides untuk dapatkan 100% secrets atau 100% collectibles. Apa yang seronok sangat lepas dapat 100% tu pun, sebab aku guna guides kut. Bukannya aku boleh nak berbangga kata aku buat sendiri ke guna otak sendiri ke titik peluh sendiri ke. Kalau aku nak tengok sangat secret ending atau tengok ultimate weapon tu, aku boleh je bukak video kat YouTube dan tengok situ. Tak payah nak bazir masa ikut guides untuk dapatkan benda tu. Salah satu kelebihan hidup di zaman siber ni hahaha.

Tapi sebenarnya kalau aku main tanpa guides pun, aku akan buang masa kat tempat lain pulak. Semua taktik berlawan nak kena fikir sendiri. Yang mana paling efektif, paling bergaya. Kalau tiru guides, sekali jalan je dah tahu apa yang berguna, apa yang merugikan. Senjata, armor, skill tree semua tu dah ada orang lain cuba dan praktik kan. Sama jugak dengan boss fight, nak kena buat banyak kali baru cuba kelemahan boss. Sekarang aku main Persona 5 dah sampai 143 jam, tak habis-habis lagi bengong betul. Tapi sepanjang aku main tu memang sangat puas hati, sebab semua aku guna otak sendiri. Dari pilihan skill untuk ahli pasukan sampai lah ke cara pilih Persona yang aku nak pakai. Story semua pun takde spoiler, aku dapat rasa semua kejutan semua emosi secara maksimum. Dan aku tak main loading save game kalau aku tersilap langkah, aku teruskan jugak, sebab tu yang boleh mendewasakan kita kah kah kah. Padan muka aku.

Kesimpulan nya ada baik buruk kalau nak main blind atau nak main perfect sekalipun. Rasanya ada jugak spoiler-free guides, tapi masih tak sama bila banding dengan main blind tanpa guides. Aku rasa yang penting jangan buang masa sampai beratus jam main game yang sama. Jangan kejar trophy, main lah game lain kan lagi syok. Dan jangan paksa diri nak guna jugak buah fikiran sendiri nak selesaikan puzzle, nak kena akui jugak kita ni bukan genius sangat pun kah kah kah. Apa-apa pun nak kena cari keseimbangan dalam bermain game, yang penting aku rasa seronok dan bukan main sebab terpaksa.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Rayman Legends | Ahmar Main PS4 #13





Haro



Hari tu aku dah cerita pasal aku tak minat sangat main game platformer ni. Sebab tu aku rasa macam nak bagi peluang sekali lagi mian jugak game genre ni. Game ni memang cantik dan pergerakan watak pun lancar je. Dunia dia menarik penuh warna dan kelainan. Ada level dalam laut, level padang pasir. Boleh pilih hero lain-lain tapi rasanya cuma sekadar skin change je. Akhirnya aku cuma main sekejap je sebab memang tak suka main lompat-lampat kutip coins ni.



Next week aku nak try main Rachet and Clank pulak. Game tu free untuk pelanggan PS+. Yang tu platformer jugak tapi ada element third person shooter.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, November 30, 2017

Uncharted 4: Epilogue Crash Bandicoot Mini Game | Kamiwaza Series #2





Haro



Main game dalam game hahaha. Pengalaman menarik, macam boleh rileks sikit lepas merasai pengalaman gaming yang epik dalam Uncharted 4. Aku biasanya tak minat sangat main game platformer ni, macam Mario ke Rayman ke aku tak main sangat pun. Dulu time kecik-kecik tu tak sempat naik main Crash Bandicoot. Jadi ni lah kali pertama aku main game ni, layan jugak lah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, November 28, 2017

Shadow of Mordor Funny Moment | Bakusho Series #3





Haro



Tengah-tengah aku nak berusaha sedaya upaya nak bunuh captain ni yang sorang ni, tak sangka pulak dia tu takut kat api. Cuba jugak test skill nak snipe kepala dia tapi tak kena. Bila nak kejar tu, tiba-tiba pulak dia lari kat tempat beast, mati macam tu je kena serang hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, November 25, 2017

Bloodborne #6: Aku Last Boss | Ahmar Main PS4 #12





Haro



Video terakhir untuk siri Ahmar Main PS4 sebab aku dah berjaya kalahkan last boss. Tak sangka ending dia macam tu ye, akhirnya aku yang jadi last boss pengganti boss yang aku bunuh tu. Nasib baik aku ni hensem hahaha, jadilah last boss yang paling hensem dalam sejarah video game.



Aku rasa dah tak nak main dah game Bloodborne, game ni memang terbaik, puas hati bila dapat kalahkan boss yang besar-besar, ada banyak senjata yang pelik-pelik dan bergaya, jenis serangan pun ada macam-macam, nak guna pedang bsear boleh, nak guna 2 pedang pun boleh, pistol lagi, whip, roda besi pun ada. Aku memang rekomen cuba main game ni, tapi tu lah memang susah gila, asalkan jangan cepat mengalah, memang akan rasa puas hati lah bila berjaya menang.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, November 23, 2017

Bosusen Series #5: Rom The Vacuous Spider





Haro



Boss ni ramai betul anak buah dia, tapi aku buat tak kisah je, aku fokus kat boss je. Jadi nak kena selalu berlari-lari nak mengelak serangan ais dia sambil mengelak serangan labah-labah kecik. Kalau nak bunuh semua anak buah dia tu, rasanya 15 minit baru boleh memang kut hahaha.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, November 21, 2017

250 Subscribers Special: Gaming Studio Tour | Cerita Ahmar #2





Haro



Ini lah dia Gaming Studio Version 1 aku. Hujung minggu lepas aku spend time untuk bersihkan dan hias bilik ni jadi tempat aku rekod dan edit gameplay. Bilik ni boleh tahan luas jugak, aku guna ruang sikit je untuk jadikan tempat kerja. Yang selebihnya tu aku rasa nak buat tempat simpan barang untuk buat bisnes lain kut.



Terima kasih kepada wife yang banyak sokong aku dan jugak bagi kebenaran untuk aku buat semua ni. Aku akan berusaha untuk utamakan keluarga dulu baru lah benda-benda yang lain. Bila semua benda dah settle, baru lah aku gunakan masa yang lebih tu untuk rekod gameplay dan buat bisnes lain-lain tu jugak.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, November 19, 2017

Nak beli PC ke tak nak?

Haro

Walaupun aku masih takde PC, kadang-kadang tu memang ada lah berangan nak main game PC. Banyak game-game yang best kat PC ni. Sekarang ni semua game baru memang dah ada kat PS4, tapi game-game yang lama tu tak banyak yang ada. Kalau game tu guna mouse dan keyboard je, lagi lah takde kat PS4 kan. Cuma tu lah, nak kena ada bajet beli PC dulu, tu yang rasa payah tu. Kecuali aku cuma beli PC murah atau second hand je, semata-mata nak main game yang lama-lama. Yang penting boleh rakam game tu untuk aku upload video nanti.

Kalau dah ada PC nanti, nak rakam game ke nak streaming game pun lagi senang, ada banyak pilihan, kualiti pun makin elok. Software untuk edit video pun canggih-canggih. Nak beli game pun mudah je, ada banyak platform boleh guna, harga pun tak masal sebab selalu ada jualan murah. Cuma dah tak boleh pinjam game lah macam game PS4 boleh jual balik atau boleh tukar dengan kawan. Kat PS4 nak main game senang je, masukkan CD dah terus boleh main dah, kat PC tu nak kena install macam-macam, kadang-kadang keluar error nak kena Google dulu cari jalan penyelesaian. Tapi yang bestnya, game kat PC ni boleh tambah mods, sampai game tu kadang-kadang dah jadi game lain pulak sebab mods pelik-pelik kita tambah.

Nampak gayanya sekarang ni aku main je lah dulu PS4 sampai lah harga GPU dah jadi normal balik. Harga RAM pun macam hilang akal jugak tu. Nak belanja mahal-mahal pun tak kurang bijak jugak, sebab cepat je keluar model baru teknologi baru kan. Mungkin aku boleh curi guna laptop kat office aku tu bawak balik install game kat situ. Kah kah kah takde keje tak pasal-pasal kena buang keje nanti. 

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Sabtu, November 18, 2017

Ahmar Main PS4 #11 | Super Meat Boy





Haro



Game Super Meat Boy ni sejenis permainan yang macam platformer tapi nak kena lompat dan lari dengan timing yang sangat perfect. Kalau salah tekan je, nanti akan terjatuh ke gaung atau terkena gergaji dan benda-benda berbahaya lain dalam stage tu. Game ni memang banyak menguji skill dan jugak kesabaran kita sebagai seorang gamer sejati. Bak kata Mamat YouTube, "klu aq main nie..dah retak screen too aq rasa"



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, November 16, 2017

Bosusen Series #4 | Shadow of Yharnam





Haro



Dua kali aku kena lawan boss ni, sebab dia main tipu. 1 entiti tapi ada 3 badan. Memang chaos habis tak tahu nak fokus yang mana satu. Macam mana pun tetap menang jugak sebab aku terlalu hebat kah kah kah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, November 14, 2017

Bakusho Series #2 | Kissing Beast





Haro



Tengah-tengah serius cari lever nak unlock room seterusnya, tiba-tiba abang beast ni serang hendap aku tapi bila dia dah mati tu, sempat pulak mulut dia landing kat mulut aku. Aku biarkan je lama-lama nak tengok apa jadi, memang dia tak bergerak langsung. Terasa lidahnya berma... dah lah weih kah kah kah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Sabtu, November 11, 2017

Gaming Studio Baru

Haro

Artikel ni adalah sambungan kepada artikel pasal Gaming TV dan Gaming Monitor aku dulu
Artikel: Finding the best gaming TV

Sekarang dah cukup 1 tahun aku duduk kat rumah baru ni. Dan isteri aku yang tercinta akhirnya dah bagi kebenaran untuk aku jadikan bilik kat tingkat atas sebagai Gaming Studio aku. Bermakna aku dah boleh ubah suai dan hiaskan jadi tempat main game yang selesa dengan peralatan yang cukup. Tapi malangnya bajet pulak yang takde kah kah kah.

Benda mula-mula aku kena beli ialah monitor untuk main game PS4. Aku masih lagi tak beli-beli gaming PC, masih takde bajet lagi, tambahan pulak harga GPU melambung tak ingat dunia. Aku tak nak beli TV 4K sebab tu pun mahal jugak, kalau aku beli 4K yang murah-murah nanti tak puas jugak, nak kena ada HDR10 dan wide color gamut. Satu lagi sebab aku rasa FPS tinggi lagi best dari Resolution tinggi, untuk seorang gamer hardcore sejati lah wakakaka. Kalau lah aku beli PC jugak nanti, ikut bajet aku memang akan beli mid-range je lah, GTX 1060 je kut. Nak main game lama-lama je kut hehehe. Sekarang ni nak beli monitor murah-murah je 2nd ke refurbished dalam RM300 cukup lah tu. Asalkan dapat IPS monitor 24 inci ok dah.

Semua barang lain dah ada, PS4 Pro dah ada, meja kerusi dah ada, headset dah beli, langsir blackout dah pasang, katil pun masuk bilik. Lepas pasang monitor nanti, dah boleh start main game tapi masih kena ikut jadual lah, nanti isteri marah lagi hehehe. Bila dah beli PC nanti, dah boleh tengok market monitor 27 inci 1440p 144hz pulak. Kalau TV 4K dah murah nanti, boleh lah beli 55 inci HDR10 120hz Sony X9000E sebijik. Nak beli jugak gaming chair lepas tu webcam untuk streaming kih kih kih.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Ahmar main The Binding of Isaac: Rebirth





Haro



Hari ni aku upload game PS4 The Binding of Isaac: Rebirth. Game ni dia macam twin sticks shooter jugak, tapi ada elemen roguelike sikit. Semua level dan upgrades dia random, best jugak kalau main banyak kali. Dia macam ada persamaan dengan game lama The Legend of Zelda, tapi game ni lagi laju dan penuh aksi lah. Sebab semua benda dalam game ni random, memang tak bosan main ulang-ulang banyak kali pun.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Jumaat, November 10, 2017

Tutorial Ahmar #1 | SHAREfactory Tutorial





Haro



Hari ni aku nak kongsi sikit pasal cara nak guna SHAREfactory dalam PS4. App ni kita gunakan untuk edit video gameplay kita dalam PS4 tu, so korang tak payah nak susah-susah transfer ke dalam PC nak edit kat. Aku memang kena guna sebab aku rakyat marhaen je takde PC atau MacBook pro nak guna nak buat edit video ni semua hehehe.



Aku suka guna sebab memang mudah nak guna, boleh import video, boleh import music kalau nak, boleh cut, boleh split clip, boleh move, boleh delete suka hati. Kalau korang kreatif kan, boleh zoom in, boleh guna time bender, boleh tambah text, tambah PIP pun boleh. Korang cuba lah dulu main-main guna tools dalam tu.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Selasa, November 07, 2017

Bosusen Series #3





Haro



Boss ni aku lawan dua kali baru dapat menang. Susah sebab dia boleh lompat tiba-tiba lepas tu tangan dia pun panjang melampau jugak. Nak kena cepat elak lepas tu terus serang. Tengok lama-lama tu nampak anggun jugak boss ni kan hehehe.


ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, November 05, 2017

Beli game versi digital vs physical copy

Haro

Hari ni aku nak tulis sikit pasal persoalan yang bermain di fikiran aku kebelakangan ni. Pasal aku nak beli game versi digital ke atau physical copy. Nampak macam mudah je tapi tu lah masalahnya aku ni sejenis manusia perfectionist. Tak suka tengok benda campur-campur. Nak sejenis je, kalau nak pilih game digital, semua game kena digital. Sebab tu aku nak buat list apa kelebihan dan kekurangan game digital dengan game physical copy.

Aku rasa masalah ni cuma wujud kat konsol je kut, kalau kat PC tu semua dah beli game digital je. Physical copy tu macam rare je. Game digital ni best dia bila kita tak perlu nak bangun nak tukar CD kalau nak main game lain. Semua boleh pilih kat dalam menu PS4 tu je. Aku pernah try PS+ game collection dulu, kejap je dah boleh tukar-tukar game. Overall harga game digital murah sikit dari physical copy. Kadang-kadang tu ada promotion dapat extra discount, dapat bonus item theme avatar semua tu. 

Physical copy pun dapat jugak extra item tapi nak kena beli collector edition, harga pun dah merapu naik tinggi. Tapi nanti senang nak jual preloved atau trade dengan kawan. Kalau game digital tu setakat ni tak boleh nak bagi kawan pinjam. Game physical ni boleh dipegang dan disusun cantik kat almari, tapi kalau tak pandai jaga jadi berabuk jadi kotor, sarang semut pun boleh jadi kut hahaha. Lagi satu, boleh trade in dengan kawan atau jual kat awek atas talian.

Tapikan sebenarnya, aku cuma pernah beli 1 je game, Bloodborne je time aku beli PS4 dulu. Game yang lain-lain yang aku main ni semua game pinjam kawan-kawan je. Lepas ni pun aku main game pinjam je lah kut, selesai masalah ni kah kah kah.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Sabtu, November 04, 2017

Metal Gear Solid V: Ground Zeroes | Ahmar Main PS4 #9 | Bahasa Malaysia





Haro



Aku dah upload video siri #AhmarMain yang baru tapi bukan pasal Bloodborne dah. Aku nak rehat kejap dari main Bloodborne, game tu boleh membunuh otak kalau main banyak-banyak hahaha. Kali ni aku buat video pasal game MGSV Ground Zeroes. Phantom Pain pun ada jugak video tapi nanti-nanti lah, yang tu banyak gila misi dia.



Game ni best lah sebab dah lama tak main game Metal Gear Solid kan. Bila dah masuk PS4 tu game ni makin cantik, kita pun bebas nak buat apa pun dalam game tu, Open World Style. Tapi game ni cuma main kat 1 base je, misi pun tak banyak. Yang bestnya kita boleh ulang-ulang main misi tu dengan cara yang berlainan setiap kali ulang main.



Lepas ni pun aku nak upload game indies pulak, 2 3 bijik ke lepas tu aku nak upload video Bloodborne yang kali penghabisan. Nanti aku dah boleh delete game tu hahaha. Siri #AhmarMain ni aku upload time weekends je tau, di antara tu aku akan upload video small series insya Allah.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Khamis, November 02, 2017

Bosusen Series #2





Haro


Ni video aku lawan solo Blood-starved Beast. Cepat je dapat bunuh sebab aku stun boss ni pakai shotgun. Nak kena timing cantik time dia nak attack tu, kalau kena nanti dia akan stun, lepas tu boleh masuk dekat dan cucuk bagi damage critical. Puas hati sangat.



Time ni aku dah jadi Hunter Solo. Aku rasa bermula dengan boss ni yang aku buat keputusan nak main solo je, tak nak dah mintak bantuan hunter lain. Kalau tak, game ni jadi senang sangat, aku tak nak main lah kalau takde cabaran hehehe.



ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Rabu, November 01, 2017

Kamiwaza Series #1





Haro


Tu dia dah naik pun video pertama Kamiwaza Series. Yang ni siri video aku nak tunjuk epic skill aku bermain game lah kononnya. Bukan senang tu nak berjaya dapatkan, nak kena gagal banyak kali dulu, kali ke 18 baru lah berjaya hahaha.


Lepas ni nak buat mini series apa lagi ye? Kalau buat Tutorial ke Walkthrough ke ada orang nak tengok tak? Aku try2 lah ye.


ahmaryusoff6

Penghulu abangganaz

Ahad, Oktober 29, 2017

Bakusho Series #1





Haro

Aku dah upload video pertama untuk siri baru Bakusho Series. Aku nak share pasal video-video aksi lawak dan bug dalam gameplay yang aku berjaya rakam. Yang ni pun sama, ku remove voice over dalam video. Dengan harapan ada lah International viewer yang suka tengok video aku ni dan gelak sama-sama. Tajuk pun aku tulis dalam English, biar senang orang nak search nanti



Kamiwaza Series tu aku hold dulu. Rasa macam tak confident pulak bila memikirkan aku ni tak pro sangat main game. Kamiwaza tu maksud dia lebih kurang macam God Skill atau Mad Skill atau Epic Skill lah jugak. Mungkin aku nak kena tukar jadi nama Lucky Series hahaha.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Selasa, Oktober 24, 2017

Siri Baru Bosusen Series di Gaming Channel ahmaryusoff6





Haro

Hari ni aku dah upload video pertama untuk siri baru Bosusen Series. Siri ni pasal video rakaman boss fights yang aku sempat rakam dalam PS4. Tujuan utama dia of course lah untuk tunjuk kehebatan skill aku yang terulung kah kah kah. Satu kelainan siri ni dengan siri Ahmar Main ialah aku remove voice over dalam video. Maknanya dah takde lawak bodoh atau gelak ketawa sorang-sorang kat lawak sendiri.


Nanti aku akan upload satu lagi siri baru jugak, nama dia Kamiwaza Series. Video dah ready dah, cuma aku tak nak upload kerap sangat video. Kena lah ada jadual kan hehehe. Mata ne.


ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, Oktober 20, 2017

Terima kasih kepada 100 Subscribers

Haro

Minggu ni jumlah subscribers dah lebih 100 orang. Hehehe agaknya boleh tahan kelakar jugak video aku upload tu ye. Aku akan buat satu video ucapan terima kasih sebab sokong channel aku tu. Aku nak buat cuma intro je, Q&A dan face reveal tu lain kali lah ye hehehe

Lagi satu, dalam video tu aku akan cerita pasal rancangan aku dalam channel lepas ni. Nanti aku akan buat beberapa siri baru disamping buat siri gameplay kelakar yang sedia ada ni. Aku dah dapat idea untuk 2 siri, siri Bakusho dan siri Kamiwaza. Bakusho tu aku akan upload video yang lawak atau buggy tapi aku tak nak letak voice over, cuma gameplay je. Kiranya nanti korang boleh tengok video yang original tanpa gangguan aku ketawa terbahak-bahak kat lawak sendiri kah kah kah. Sama jugak dengan Kamiwaza, aku nak buat video pasal skill-skill yang rare dan lucky, cool bergaya.

InsyaAllah plan aku nak beli gaming PC tu masih berjalan, dalam bulan Januari 2018 nanti. Time tu kalau dah ada 500 subscribers, boleh aku buat sekali face reveal lah ye. Tak dapat kut hahaha.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, Oktober 13, 2017

50 subscribers!

Haro

Minggu ni jumlah subscribers dah lebih 50 orang. Yay terima kasih banyak-banyak sebab sokong channel kecik aku ni hahaha. Terasa nak buat video nak ucap terima kasih, nak buat lebih-lebih pun rasa segan pulak. Nak celebrate macam dapat 50k subscribers buat giveaway pun tak boleh jugak, macam syok sendiri je hehehe.

Jadi aku nak buat video ucap terima kasih, lepas tu nak buat introduction sikit pasal diri aku dan apa aku nak buat dengan channel ni. Hajat tu nak buat jugak face reveal, InsyaAllah bila dah beli webcam nanti boleh lah aku buat. Kalau buat time dapat 100 subscribers ke 500 subscribers ke lagi best kut.

Terima kasih sekali lagi pada semua subscribers yang menyokong. Korang bagitau lah ye nak aku buat video macam mana lepas ni. Nanti boleh aku usahakan kalau aku berminat. Sekarang ni aku plan nak buat video pasal aku main game yang kelakar je. Mungkin nanti-nanti boleh buat video pasal aksi cool bergaya atau bug and glitches. Lawak jugak tu kut. Kalau nak buat video review ke walkthrough ke, aku masih tak minat lagi, mintak maaf ye.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Isnin, Oktober 09, 2017

Betul betul stop main Bloodborne

Haro

Hahaha aku main balik Bloodborne minggu lepas. Mintak maaf bukan nak mungkir janji ke apa. Memang aku dah tak nak dah main game ni, susah nak mampus, enemy pun banyak cheat attacks. Tapi lepas lama-lama pun terasa rindu pulak. Terasa macam aku boleh buat lebih baik, cuma kena tambah reflex dan fokus lebih sikit je. Tapi bila dah berjaya menang tu memang sangat puas hati. Lagi-lagi bila berjaya kalahkan sorang-sorang tanpa tengok tips-tips gamer lain atau Google apa kelemahan enemy tu.

Rasanya mentality macam tu yang jadikan aku syok main game sekarang ni. Kalau zaman remaja dulu, asyik pikir nak habiskan game cepat2 je. So apa lagi? Sebelum start game tu, aku dah baca semua walkthough pasal game tu, dan aku dah baca semua kelemahan Boss dalam game tu, dan aku dah tahu kat mana nak dapat weapon paling kuat dan rare. Banyak kelebihan dia tapi sekarang aku dah tukar cara main game. Panjang pulak nak cerita kat sini, aku nak cerita pasal Bloodborne je hahaha. Mungkin nanti aku boleh cerita lagi pasal playing blind vs playing with roadmap.

Berbalik kepada Bloodborne, aku betul-betul tak nak main dah. Sebab game susah tu satu, sebab lain ialah aku tak beli DLC The Old Hunters tu. Kalau aku habiskan game ni pun, aku masih ketinggalan dari segi contents jugak lepas tu hehehe. Also sebab ada kawan sponsor game The Witcher 3 untuk aku main dan upload dalam channel. Oleh itu, kalau ada siapa-siapa nak sponsor DLC The Old Hunters, atau sponsor game apa-apa lah, boleh lah contact aku ye. Nanti boleh aku main Bloodborne lagi kah kah kah.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 29, 2017

Stop buat video pasal Bloodborne

Haro,

Setakat ni dah 3 kali aku buat video pasal game Bloodborne untuk PS4. Ada banyak lagi benda aku nak cakap pasal game ni tapi rasa macam bosan pulak asyik cakap pasal benda sama je. Dah macam takde benda lain nak cakap hahaha. Sebab tu aku rasa nak tukar angin sikit, nak main game lain pulak.

Jadi aku nak upload video pasal game selain Boodborne, lepas tu boleh lah kembali semula main Bloodborne kalau aku rasa ada benda aku nak ceritakan. Harapnya nanti idea aku pun semakin berkembang dan membawa nilai hiburan bermutu kah kah kah.

Game apa seterusnya aku tak tahu, yang pastinya video akan up hari Sabtu ni. Lepas ni nak kena start promosikan video dekat peminat-peminat game lah pulak. Setakat ni cuma share video dengan kawan-kawan je. Rasa malu pulak nak hebohkan hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 22, 2017

Video Ketiga akan diupload

Haro,

Lepas ni dah boleh upload video secara regular. Sekarang ni plan nak upload seminggu sekali je. Sebab utamanya ialah takut-takut tak cukup material nanti hehehe. Masa untuk main game dalam sehari tu tak banyak. Andai kata nanti jadual seharian dah berubah, mungkin boleh try upload video 2 kali seminggu.

Plan nak streaming tu masih takde lagi. Main game pun kat ruang tamu je, campur dengan internet pun tak cukup power sangat. Tapi best jugak lah tengok game stream orang lain tu, cara interaksi dengan penonton walaupun nak kena fokus jugak dekat game tu. Memang tabik habis.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada semua yang bagi komen dan feedback untuk video pertama dan kedua. Aku akan perhaluskan lagi teknik editing dan kualiti contents sikit-sikit ye. Nanti nak mintak komen lagi untuk improve lagi.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 08, 2017

Video Kedua akan dilancarkan tak lama lagi

Haro,

Bila dah start buat video ni, memang sangat seronok buat planning and editing. Cuma masalahnya susah jugak nak cari masa yang sesuai nak habiskan editing. Sebab rumah ni memang selalu ada budak-budak, bila nak record voice over tu memang tak boleh lah. Tak pasal-pasal keluar suara budak menangis nak mintak dukung pulak hahaha.

Nampak gaya nye lah, nak kena ada gaming studio jugak ni. Tambah sekali studio mic, webcam, dan green screen. Buat besar-besaran tapi takde orang nak tengok pun hehehe. Insya-Allah boleh buat macam tu ni, tapi sekarang ni kita gunakan apa yang ada je.

Oleh itu, video kedua ni delay sikit lah. Tapi memang rasa best jugak sebab ada player jemputan. Tapi bukan jemputan macam jemputan ke dalam gaming studio sekali, cuma sekadar main sama-sama online je. Hahaha tengok lah sendiri nanti baru faham.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, September 01, 2017

Genre kegemaran pribadi Tahun 2017

Haro,

Sekarang ni aku tengah cuba habiskan Persona 5, lepas tu nak pulangkan kat CB-Genesis. Hahaha game pinjam je, so kena habiskan cepat-cepat. Memamng syok gila lah game ni, music stylish, artwork cool, story dia agak cliche sikit lah. 

Tapi pada masa yang sama, aku pun main game Stealth Inc 2, game platformer with gadgets. Walaupun waktu main game tu terhad, tapi aku masih main game ni selama 15 minit sehari. Cuba habiskan test room lepas tu cari next test room. Aku enjoy dapat main lompat-lompat elak obstacles dan guna gadgets untuk pergi ke bilik seterusnya. Atau mungkin aku enjoy sebab game ni boleh main sekejap-sekejap, takde fokus kat story, cuma kena main je dan progress ke depan.

Ni pun aku tengah nak siapkan video kedua aku, masih lagi pasal Bloodborne. Kali ni nak cerita sikit pasal boss fight dan cabaran masa main solo dan masa main multi-player. Apa-apa pun, ni semua hanyalah pendapat aku je, nak share dengan semua orang hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Selasa, Ogos 22, 2017

Video Pertama

Haro,

Sempena meraikan kelahiran anak ketiga aku pada hari Sabtu 19 Ogos hari tu, aku dah upload video pertama aku kat channel YouTube ahmaryusoff6. Aku pun tak sempat nak promote kat mana-mana tempat lagi pun, memang terkejar-kejar nak ulang alik hospital, dan aku pun memang rasa malu nak hebohkan hehehe.

Nanti boleh lah bagi komen, boleh aku buat video yang lebih baik lagi. Aku memang enjoy buat video macam tu, lepas ni pun rasanya nak buat 2, 3 lagi video pasal Bloodborne, lepas tu boleh start dengan game lain pulak. Bagi aku game Bloodborne tu memang best, mencabar, action yang aku enjoy, skillset stylish, weapon pun ada kelainan.

Sekarang ni pun tengah belajar lagi cara nak kendalikan channel YouTube. Memang sangat basic, dah rasa segan gila ni. Takde ke yang sudi nak belanja intro music dan animasi hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Rabu, Ogos 09, 2017

Rakaman Gameplay

Haro,

Malam tadi dah habis satu lagi rakaman gameplay. Total rakaman dalam 10 jam jugak lah. Sekarang ni tengah terpikir, macam mana aku nak manage semua file rakaman ni. Plan nya cuma nak buat video pendek 5 minit je. Ni dah macam overkill sangat nih sampai 10 jam rakaman hahaha. 

Makanya nak kena buat keputusan sama ada nak simpan dalam external HDD atau delete je lepas siap buat video. Aku sebenarnya rasa aku tak nak dah tengok rakaman gameplay tu berjam-jam. Penat jugak tu nak tengok semua 10 jam sekali lagi hahaha. Mungkin jalan terbaik adalah aku edit rakaman gameplay jadi kecik, simpan sikit babak bergaya atau babak lawak je. 

Tapi serius memang rasa sayang nak delete rakaman gameplay sampai 10 jam. Banyak memori aku main game tu. Cuma bila pikir realiti, mungkin aku dah tak guna dah rakaman banyak-banyak lepas siap video. Takkan aku nak simpan external HDD sampai berpuluh-puluh bijik. Boleh jimat disk space dan jimat pengurusan kalau delete je. Kalau aku perlukan rakaman tambahan, mungkin aku boleh main game tu sekali lagi hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Jumaat, Ogos 04, 2017

Perancangan untuk Gaming Channel

Haro,

Lepas dah pikir betul-betul, nampak gayanya aku tak boleh nak belanja duit untuk buat gaming studio sekarang ni. Bulan 8 ni akan sambut ketibaan anak nombor 3 (yay)! Nak kena simpan duit dulu untuk kegunaan emergency. Sekarang ni cuma ada PS4 Pro je, mungkin boleh lah spend RM50 nak beli headphone with mic, nanti senang nak record voice kan. Nak kena tunggu bonus bulan Januari 2018, baru boleh rancang semula nak buat Gaming Studio macam mana.

Projek Gaming Channel dah masuk Fasa 1. Aku akan edit gameplay video guna PS4 je, buat video pendek 3 - 6 minit. Nak buat dalam Bahasa Melayu je. Rasa berdebar jugak sebab first time nak buat video. Lagipun aku tak berapa suka sangat dengar suara sendiri ni sebenarnya hahaha. Video pertama aku nak buat pasal Bloodborne.
Lepas tu aku akan upload content seminggu sekali kut. Kalau busy dengan baby baru, mungkin jadi sebulan sekali lah kut. Fasa 2 start bila aku ada PC atau MacBook untuk edit video, dan mungkin ada capture card untuk record 1080p video.

Kalau korang perasan, aku dah start tulis dalam Bahasa Melayu. Saja je nak tukar style. Dan jugak terasa nak fokus kat reader Malaysia je. Gaming Channel pun macam tu jugak, fokus kat Bahasa Melayu dan game PS4 dulu. Sekarang ni aku record dalam 3 game setiap hari, pagi aku main yang aku enjoy, malam aku main game dengan family, in between kalau ada masa lapang 5 - 10 minit, aku main game puzzle atau short platforming. Lepas tu aku akan edit and tambah VO kemudian. Nanti support lah Gaming Channel ahmaryusoff6 ye.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Selasa, Julai 18, 2017

Project baru ahmaryusoff6 (dan update ahli abangganaz)

Haro,

Nak update sikit pasal perkembangan terbaru ahli-ahli abangganaz;

koolzuru sekarang sibuk nak menceburi bidang hartanah. Dia dah pergi banyak forum dan ceramah. Tapi sebab sekarang dia ada kat utara, macam susah sikit nak start business. Apa pun abangganaz doakan semoga maju jaya, Boleh lah nanti kita guna 1 bangunan dia untuk jadikan ibu pejabat abangganaz.

shafeeqshahar dah sibuk dengan kerja, nampak gayanya akan berpindah ke selatan untuk handle projek di sana pulak. Baru-baru ni beli siri penuh Uncharted, dan sebagai seorang speed gamer, cepat je dia habiskan semua 4 game tu. Tabik sikit.

CB-genesis- dah ada syarikat game trading sendiri sekarang, banyak game collection yang dia ada, dari dalam dan luar negara jugak. Setiap minggu tukar-tukar main game baru je. Selalunya pinjam game dari dia kalau dah takde game nak main. Kalau tak pulangkan semula, agaknya dia marah tak?

Aku pulak tengah bercadang nak start gaming channel sendiri. Tahun 2017 ni memang cuma boleh main game 2 kali je sebulan. Sekarang dah 6 bulan berlalu, memang jiwa kacau bila dah kurang bermain game. Jadinya, aku dah bincang lagi dengan isteri tercinta pasal masalah, dan akhirnya kami setuju untuk cuba buat gaming channel. Alhamdulillah. Nanti jemput lah tengok kat channel YouTube aku bila dah start nanti.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Rabu, Januari 18, 2017

2017 Resolution

Haro,

Here we are in the new year of 2017, and right off the bat I have a bad news to share. I will be not able to play games on daily basis any longer. LOL Sorry abangganaz, I guess it is really a very bad news. To cut short, my wife is jealous to see me having great time with the clan, chatting and joking around while she has to take care of the house and kids, and also boosted by her unstable hormones and insecurity of conceiving our 3rd baby.

So the gaming plan for 2017 is to be on one whole day on every other Saturday. Means that I get to play for 24 hours, twice a month. The wife will bring the kids to grandparent house for family time, while I get to spend the day on my own. Of course it will be gaming the whole day. But the truth is, I will not be gaming the whole day, there will be time for sleeping and resting, time for dining, cooking, cleaning and gardening. I actually quite enjoy it, the gardening. Surprisingly it requires a lot of energy and time but the result is fascinating. Now I understand why people like to talk to flowers.

Back to the title of the post, my resolution for the year 2017 is to finish 6 games int he span of 12 month, plus getting fit by gardening and helping around the house. It has been more than 2 weeks into the new year, I think it is not too ambitious. I have been cooking everyday to please the wife and weeding almost everyday to prepare for my gardens. Perhaps I can make a zen garden as well hahaha. Currently still playing Borderlands 2 and will play Borderlands The Pre-Sequel next.

ahmaryusoff6
Leader of abangganaz