Selasa, Julai 18, 2017

Project baru ahmaryusoff6 (dan update ahli abangganaz)

Haro,

Nak update sikit pasal perkembangan terbaru ahli-ahli abangganaz;

koolzuru sekarang sibuk nak menceburi bidang hartanah. Dia dah pergi banyak forum dan ceramah. Tapi sebab sekarang dia ada kat utara, macam susah sikit nak start business. Apa pun abangganaz doakan semoga maju jaya, Boleh lah nanti kita guna 1 bangunan dia untuk jadikan ibu pejabat abangganaz.

shafeeqshahar dah sibuk dengan kerja, nampak gayanya akan berpindah ke selatan untuk handle projek di sana pulak. Baru-baru ni beli siri penuh Uncharted, dan sebagai seorang speed gamer, cepat je dia habiskan semua 4 game tu. Tabik sikit.

CB-genesis- dah ada syarikat game trading sendiri sekarang, banyak game collection yang dia ada, dari dalam dan luar negara jugak. Setiap minggu tukar-tukar main game baru je. Selalunya pinjam game dari dia kalau dah takde game nak main. Kalau tak pulangkan semula, agaknya dia marah tak?

Aku pulak tengah bercadang nak start gaming channel sendiri. Tahun 2017 ni memang cuma boleh main game 2 kali je sebulan. Sekarang dah 6 bulan berlalu, memang jiwa kacau bila dah kurang bermain game. Jadinya, aku dah bincang lagi dengan isteri tercinta pasal masalah, dan akhirnya kami setuju untuk cuba buat gaming channel. Alhamdulillah. Nanti jemput lah tengok kat channel YouTube aku bila dah start nanti.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan