Isnin, Oktober 09, 2017

Betul betul stop main Bloodborne

Haro

Hahaha aku main balik Bloodborne minggu lepas. Mintak maaf bukan nak mungkir janji ke apa. Memang aku dah tak nak dah main game ni, susah nak mampus, enemy pun banyak cheat attacks. Tapi lepas lama-lama pun terasa rindu pulak. Terasa macam aku boleh buat lebih baik, cuma kena tambah reflex dan fokus lebih sikit je. Tapi bila dah berjaya menang tu memang sangat puas hati. Lagi-lagi bila berjaya kalahkan sorang-sorang tanpa tengok tips-tips gamer lain atau Google apa kelemahan enemy tu.

Rasanya mentality macam tu yang jadikan aku syok main game sekarang ni. Kalau zaman remaja dulu, asyik pikir nak habiskan game cepat2 je. So apa lagi? Sebelum start game tu, aku dah baca semua walkthough pasal game tu, dan aku dah baca semua kelemahan Boss dalam game tu, dan aku dah tahu kat mana nak dapat weapon paling kuat dan rare. Banyak kelebihan dia tapi sekarang aku dah tukar cara main game. Panjang pulak nak cerita kat sini, aku nak cerita pasal Bloodborne je hahaha. Mungkin nanti aku boleh cerita lagi pasal playing blind vs playing with roadmap.

Berbalik kepada Bloodborne, aku betul-betul tak nak main dah. Sebab game susah tu satu, sebab lain ialah aku tak beli DLC The Old Hunters tu. Kalau aku habiskan game ni pun, aku masih ketinggalan dari segi contents jugak lepas tu hehehe. Also sebab ada kawan sponsor game The Witcher 3 untuk aku main dan upload dalam channel. Oleh itu, kalau ada siapa-siapa nak sponsor DLC The Old Hunters, atau sponsor game apa-apa lah, boleh lah contact aku ye. Nanti boleh aku main Bloodborne lagi kah kah kah.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan