Ahad, Disember 03, 2017

Main Tanpa Guides VS Main Tengok Guides

Haro

Dulu aku pernah cerita pasal kehidupan aku sebagai seorang Trophy Hunter. Tapi sekarang aku dah tak pandang sangat kat trophy, lagi-lagi platinum trophy tu. Rasa macam buang masa bila nak kena ulang buat benda yang sama semata-mata nak dapatkan trophy je. Aku rasa tu bukan cara betul untuk main game. Sama jugak dengan main guna guides untuk dapatkan 100% secrets atau 100% collectibles. Apa yang seronok sangat lepas dapat 100% tu pun, sebab aku guna guides kut. Bukannya aku boleh nak berbangga kata aku buat sendiri ke guna otak sendiri ke titik peluh sendiri ke. Kalau aku nak tengok sangat secret ending atau tengok ultimate weapon tu, aku boleh je bukak video kat YouTube dan tengok situ. Tak payah nak bazir masa ikut guides untuk dapatkan benda tu. Salah satu kelebihan hidup di zaman siber ni hahaha.

Tapi sebenarnya kalau aku main tanpa guides pun, aku akan buang masa kat tempat lain pulak. Semua taktik berlawan nak kena fikir sendiri. Yang mana paling efektif, paling bergaya. Kalau tiru guides, sekali jalan je dah tahu apa yang berguna, apa yang merugikan. Senjata, armor, skill tree semua tu dah ada orang lain cuba dan praktik kan. Sama jugak dengan boss fight, nak kena buat banyak kali baru cuba kelemahan boss. Sekarang aku main Persona 5 dah sampai 143 jam, tak habis-habis lagi bengong betul. Tapi sepanjang aku main tu memang sangat puas hati, sebab semua aku guna otak sendiri. Dari pilihan skill untuk ahli pasukan sampai lah ke cara pilih Persona yang aku nak pakai. Story semua pun takde spoiler, aku dapat rasa semua kejutan semua emosi secara maksimum. Dan aku tak main loading save game kalau aku tersilap langkah, aku teruskan jugak, sebab tu yang boleh mendewasakan kita kah kah kah. Padan muka aku.

Kesimpulan nya ada baik buruk kalau nak main blind atau nak main perfect sekalipun. Rasanya ada jugak spoiler-free guides, tapi masih tak sama bila banding dengan main blind tanpa guides. Aku rasa yang penting jangan buang masa sampai beratus jam main game yang sama. Jangan kejar trophy, main lah game lain kan lagi syok. Dan jangan paksa diri nak guna jugak buah fikiran sendiri nak selesaikan puzzle, nak kena akui jugak kita ni bukan genius sangat pun kah kah kah. Apa-apa pun nak kena cari keseimbangan dalam bermain game, yang penting aku rasa seronok dan bukan main sebab terpaksa.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan