Sabtu, November 24, 2018
1st Anniversary Special | Sejarah Channel ahmaryusoff6, Geng 8i dan Masa...
Haro
Dah cukup setahun aku aktif upload video dalam Channel YouTube ni. Masa tu lah aku mula rekod video bila aku main game. Kalau ikut sejarah main game tu memang dah lama sangat, dah 30 tahun kut hahaha. Lain kali lah aku cerita pasal sejarah main game, 3 hari pun tak habis cerita lagi tu. Kali ni aku nak cerita pasal kenapa aku buat Channel Youtube ni. Semuanya bermula pada tahun 2017.
Aku dah banyak main game tapi aku tak pernah rekod apa pun. Kalau aku kirakan, dah 391 buah game aku main sebenarnya. Aku pun dulu tak rasa rekod game tu penting, cukup sekadar ambik screenshot dah lah sebagai kenangan. Lagipun nak rekod video tu susah jugak, nak kena capture card bagai semua mahal, campur Hard Disk lagi. Ni cerita zaman dulu lah. Bila aku dah ada PS4 tu, memang dalam tu dah siap sedia boleh rekod game. Hard Disk pun besar, boleh simpan banyak video. Best gila bila dah boleh rekod. Baru lah boleh tunjuk betapa hebat aku snipe kepala orang. Tapi macam mana nak tunjuk. Hmm... YouTube kut?
19 Ogos 2017, Ara lahir ke dunia. Benda yang paling indah dalam dunia. Pada hari yang sama jugak, aku upload video pertama ke dalam Channel. Game Bloodborne PS4. Percubaan pertama aku memang memalukan. Pendek je tak tahan lama hahaha. Masa ni tak edit video apa pun. Upload macam tu je. Aku sorang je yang nak tengok, untuk memori aku di hari tua nanti. Aku tunjuk jugak kat famili dan kawan-kawan. Best pulak bila dapat respons. Ada yang bagi nasihat, ada yang tak suka, bini aku contohnya hahaha. Ada jugak orang yang tak kenal pun datang bagi komen jugak, terkejut aku. Aku cuba yang terbaik untuk melayan kawan-kawan baru ni. Bila dah makin ramai yang tengok video, aku pun mula berasa nak lagi ramai yang tengok. Rasa nak bercakap dengan lagi ramai orang. Maka bermula lah episod aku fokus pada Channel YouTube.
Dalam usaha nak tambahkan lagi kualiti video aku, aku usha banyak channel video lain. Dalam banyak-banyak tu, ada lah 3 channel ni yang aku sangat kagumi sebab mereka ni ada karisma tersendiri, lepas tu perangai pun pelik yang aku tak pernah jumpa lagi. Bila dah selalu kontek dan kenal lebih rapat, aku rasa sangat bertuah sebab mereka ni banyak support dan bagi tunjuk ajar. Pada masa ni aku dah beli PC baru, baru lah aku start main game multiplayer dengan Geng 8i. Bila main bersama-sama tu memang banyak yang aku belajar dari cara pemikiran mereka dan cara penyampaian mereka. Kalau tak main bersama pun, kami bincang pasal game dan pengurusan Channel Youtube. Mereka ni yang cadangkan aku edit video dan tambah subtitle supaya video jadi lebih menarik, sebab suara macam kurang jelas.
Aku jumpa Aad11nie Gaming tu masa zaman aku duk rajin buat subback dulu. Kat mana dia ada, aku pun ada. Kira macam otak tu dah synchronize frekuensi yang sama. Lepas tengok video FAQs dia tu, baru lah aku terasa dia ni gamer sejati yang ada bakat untuk pergi jauh. Selalu kerja keras dan tak suka main game popular semata-mata untuk kejar populariti. Dia main apa yang dia suka dan layan peminat macam mereka tu ada kat tepi sebelah dia semasa dia tengah main game. Tapi bila dia bocorkan rahsia pasal dia beli subs sampai 9000, aku pun hilang respek dah hahaha. Dia dah jadi macam Ayah Pin, dia buat apa pun, semua orang ikut, semua orang suka. Aku nak panggil dia Ayah Din lah lepas ni hahaha. Sekarang dia sibuk kerja jadi Spy ala James Bond, tapi masih lagi boleh main game sama-sama bila dia cuti.
MamatYT ni jenis gamer ada banyak ilmu pasal game tu, boleh nampak kecintaan dia pada game. Kalau main, mesti hero tu jadi level max. Kalau beli game pun tak kisah kalau harga mahal mana pun. Kalau dia tak main game, dia main forex main bitcoin main saham semua tu. Seorang gamer yang strategik dan berstruktur, tak kira masa main game ataupun masa membina empayar perniagaan dia di dunia sebenar. Semua phone game dia dah master semua, setiap hari duk share screenshot character yang dia main. Sekarang ni Mamat sibuk dengan seminar usahawan, asyik ulang alik KL je. Sambil-sambil tu dia jadi owner kedai kek kat Pantai Remis. Memang tabik spring lah.
Kalau korang kenal Resmanc, aku dah tak payah kenalkan dah lah ye hahaha. Kalau korang tak kenal lagi, baik tak payah buang masa untuk kenal dia kah kah kah. Dia ni karisma paling tinggi dalam Geng 8i. Kalau buat lawak, memang padu belaka. Kitorang semua pelik kenapa lah subs dia 100 je, sepatutnya level dia ni dah ada 10000 subs kut. Nanti nak suruh Dinie ajar cara-cara beli subs macam mana hahaha. Sekarang ni dia sibuk menulis untuk filem dan novel, bangun pukul 5 pagi dah start menulis dah. Aku rasa sebab bos dia dah marah kut, lambat sangat tak siap-siap lagi. Walaupun susah nak luang masa bermain bersama, tapi dia tetap cuba curi masa semampu boleh untuk kami semua. Sekarang ni dia sibuk nak siapkan novel terbaru, sibuk macam artis popular dah ni. Lagi satu nak tambah, dia sangat suka main game PS Vita. Karma Is Back!
Lepas tu aku start main game dengan Aniq jugak. Satu perkara yang aku tak suka ialah Aniq ni nak main game yang pelik-pelik, game budak-budak lah, game horror lah, game susah lah. Aku sebenarnya tak berapa suka main game popular ni. Minat aku lebih kepada game lawan pedang guna magik. Dan jugak game sniper tembak headshot. Tapi aku ikutkan jugak main game yang Aniq suka. Kalau duk fikir nanti dia dah besar, nak lagi ke dia main game dengan aku? Jadi aku main jugak game Aniq ni untuk jadikan memori, nanti dia dah besar nanti boleh tengok balik hahaha.
Kalau dekat office aku main game mobile, main game PUBG Mobile dan Mobile Legends. biasanya aku tak main sorang-sorang lah. Kalau kat rumah pun tak main jugak, lagi best kalau main game PS4 dan game PC. Game dalam dunia ni memang banyak gila, game baru game lama game retro. Memang tak habis nak main lah. Tak nak lah main game yang sama je berulang kali. Kalau main dengan kawan-kawan tu rasa seronok lah buat lawak buat drama lagi hahaha.
Jadi apa yang Channel YouTube selepas ini. Hmm buat macam biasa jugak lah kut. Hahaha sejujurnya aku dah sibuk sekarang buat 2 kerja, masa untuk main game dan edit video tu semakin sikit. Mesti korang perasan aku dah kurang upload video. Nak tengok video orang lain pun dah tak sempat dah. Maaf ye kawan-kawan semua kalau aku dah lama tak melawat. Aku pun bukan jenis main game popular, aku cuma nak main game yang aku suka je. Kalau subs dan views tu menurun, aku terima seadanya, tak boleh nak salahkan sesiapa. Asalkan aku bahagia dapat main game kegemaran dan kongsi dengan kawan-kawan kat YouTube. Kalau subs kecik tu, senang jugak aku nak berkomunikasi dengan semua orang, kalau dah subs beribu-ribu, tak tahu lah macam mana nak melayan semua adilnya hahaha.
Sejujurnya aku ada jugak merancang nak buat streaming live jugak. Sebab aku ni jenis main game senyap je tak bercakap. kalau buat live tu, boleh jugak aku belajar cara nak bercakap sambil main game. Aku nak beli webcam dan mic baru, baru lah seronok buat streaming live. Aku nak main game RPG lawan pedang. Tengok lah nanti jadi ke tak. Lepas tu aku nak buat review jugak pasal PC aku dan gadget yang aku ada. Nak buat review game tu tak boleh kut, sebab aku tak beli game yang baru-baru hahaha. Aku nak belajar buat editing lagi, biar lagi mantap, tahap yang aku puas hati. Aku hajat nak gi melawat Geng 8i jugak ni, kalau jadi lah, boleh aku buat belajar buat vlog tunjuk kitorang gi makan-makan ke main game sekali ke. Boleh buat QnA sekali kan hahaha.
Terima kasih sebab support Channel YouTube ahmaryusoff6. Nantikan video-video terbaru dari aku nanti, semoga kita boleh berjumpa lagi pada Ulang Tahun ke 2 nanti.
ahmaryusoff6
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan