Jumaat, September 29, 2017

Stop buat video pasal Bloodborne

Haro,

Setakat ni dah 3 kali aku buat video pasal game Bloodborne untuk PS4. Ada banyak lagi benda aku nak cakap pasal game ni tapi rasa macam bosan pulak asyik cakap pasal benda sama je. Dah macam takde benda lain nak cakap hahaha. Sebab tu aku rasa nak tukar angin sikit, nak main game lain pulak.

Jadi aku nak upload video pasal game selain Boodborne, lepas tu boleh lah kembali semula main Bloodborne kalau aku rasa ada benda aku nak ceritakan. Harapnya nanti idea aku pun semakin berkembang dan membawa nilai hiburan bermutu kah kah kah.

Game apa seterusnya aku tak tahu, yang pastinya video akan up hari Sabtu ni. Lepas ni nak kena start promosikan video dekat peminat-peminat game lah pulak. Setakat ni cuma share video dengan kawan-kawan je. Rasa malu pulak nak hebohkan hehehe.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan