Jumaat, September 22, 2017

Video Ketiga akan diupload

Haro,

Lepas ni dah boleh upload video secara regular. Sekarang ni plan nak upload seminggu sekali je. Sebab utamanya ialah takut-takut tak cukup material nanti hehehe. Masa untuk main game dalam sehari tu tak banyak. Andai kata nanti jadual seharian dah berubah, mungkin boleh try upload video 2 kali seminggu.

Plan nak streaming tu masih takde lagi. Main game pun kat ruang tamu je, campur dengan internet pun tak cukup power sangat. Tapi best jugak lah tengok game stream orang lain tu, cara interaksi dengan penonton walaupun nak kena fokus jugak dekat game tu. Memang tabik habis.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada semua yang bagi komen dan feedback untuk video pertama dan kedua. Aku akan perhaluskan lagi teknik editing dan kualiti contents sikit-sikit ye. Nanti nak mintak komen lagi untuk improve lagi.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan