Ahad, November 05, 2017

Beli game versi digital vs physical copy

Haro

Hari ni aku nak tulis sikit pasal persoalan yang bermain di fikiran aku kebelakangan ni. Pasal aku nak beli game versi digital ke atau physical copy. Nampak macam mudah je tapi tu lah masalahnya aku ni sejenis manusia perfectionist. Tak suka tengok benda campur-campur. Nak sejenis je, kalau nak pilih game digital, semua game kena digital. Sebab tu aku nak buat list apa kelebihan dan kekurangan game digital dengan game physical copy.

Aku rasa masalah ni cuma wujud kat konsol je kut, kalau kat PC tu semua dah beli game digital je. Physical copy tu macam rare je. Game digital ni best dia bila kita tak perlu nak bangun nak tukar CD kalau nak main game lain. Semua boleh pilih kat dalam menu PS4 tu je. Aku pernah try PS+ game collection dulu, kejap je dah boleh tukar-tukar game. Overall harga game digital murah sikit dari physical copy. Kadang-kadang tu ada promotion dapat extra discount, dapat bonus item theme avatar semua tu. 

Physical copy pun dapat jugak extra item tapi nak kena beli collector edition, harga pun dah merapu naik tinggi. Tapi nanti senang nak jual preloved atau trade dengan kawan. Kalau game digital tu setakat ni tak boleh nak bagi kawan pinjam. Game physical ni boleh dipegang dan disusun cantik kat almari, tapi kalau tak pandai jaga jadi berabuk jadi kotor, sarang semut pun boleh jadi kut hahaha. Lagi satu, boleh trade in dengan kawan atau jual kat awek atas talian.

Tapikan sebenarnya, aku cuma pernah beli 1 je game, Bloodborne je time aku beli PS4 dulu. Game yang lain-lain yang aku main ni semua game pinjam kawan-kawan je. Lepas ni pun aku main game pinjam je lah kut, selesai masalah ni kah kah kah.

ahmaryusoff6
Penghulu abangganaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan